Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Bahagian Khidmat Pengurusan

OBJEKTIF

Bahagian Khidmat Pengurusan adalah bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan khusus untuk melaksanakan pelbagai aktiviti di Seksyen Pentadbiran dan Keselamatan, Seksyen Pengurusan Aset, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Seksyen Kewangan dan Akaun bagi memenuhi fungsi Bahagian supaya pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur.

 
FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi Bahagian Khidmat Pengurusan secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:

1. SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  • Merancang dan mengurus pembangunan organisasi Jabatan.
  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan urusan pelantikan, pengisian, penempatan dan pertukaran.
  • Mengurus, menyelaras dan melaksanakan urusan perkhidmatan termasuk pengesahan lantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pelantikan secara pinjaman/pertukaran sementara, pembayaran emolumen dan lain-lain elaun, urusan cuti, urusan pinjaman dan naziran perkhidmatan.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan urusan kenaikan pangkat/pemangkuan, Laporan Penilaian Prestasi dan tanggung kerja.
  • Mengurussetiakan urusan Majlis Bersama Jabatan, Panel Pembangunan Sumber Manusia, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Perakuan Pingat dan Exit Policy.
  • Menguruskan semua urusan perkhidmatan bermula dari penempatan hingga persaraan pegawai dan kakitangan. 
  • Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskini semua rekod yang berkaitan dengan perkhidmatan dan perjawatan.

 

      Unit HRMIS

  • Menyelaras dan memantau KPI HRMIS Jabatan yang melibatkan 6 modul utama iaitu Sasaran Kerja Tahunan (SKT), data perjawatan, data berintegriti, perisytiharan harta, penamatan perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). 
  • Sebagai pakar rujuk kepada pengguna Jabatan dalam pelaksanaan HRMIS.
  • Bertindak sebagai helpdesk HRMIS bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pengguna sistem dan memberikan khidmat nasihat bagi setiap pertanyaan/aduan pengguna menerusi panggilan telefon, emel dan  Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA.
  • Menguruskan latihan/taklimat/bengkel pengemaskinian maklumat aplikasi HRMIS kepada pemilik kompetensi Jabatan.
  • Bertindak sebagai Jawatankuasa HRMIS Jabatan dan menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS dari semasa ke semasa

** Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)

 

2. SEKSYEN KEWANGAN DAN AKAUN

Mengurus, menyelaras dan mengawasi hal-hal berkaitan pengurusan kewangan Jabatan seperti penyediaan peruntukan, perbelanjaan, kewangan am, perolehan dan perakaunan.

  • Memastikan pengurusan kewangan dan akaun dibuat menurut peraturan dan tatacara yang digariskan oleh Kerajaan.
  • Melaksanakan kawalan perbelanjaan serta memantau perbelanjaan peruntukan Jabatan.
  • Memberi khidmat kewangan yang cekap dan berkesan kepada program/aktiviti di Jabatan.
  • Mengurus urusan perolehan Jabatan termasuk permohonan kelulusan Perbendaharaan bagi perolehan luar tatacara serta Urus setia Jawatankuasa Sebut harga Jabatan.

 

3. SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KESELAMATAN

  • Melaksanakan dan memberi khidmat nasihat dalam semua urusan berkaitan Keselamatan dan Logistik serta Pentadbiran Am termasuk sistem fail, surat-menyurat dan mel Jabatan, aduan kerosakan/penyenggaraan bangunan di Wisma Tani, lot parkir kenderaan DVS, penggunaan Kenderaan Jabatan dan Kenderaan Konsesi BKP, pengeluaran Pas Keselamatan di Wisma Tani/Kad Kuasa pegawai teknikal/Kad Pengenalan Jabatan pegawai skim perkhidmatan gunasama di Negeri, Pakaian Seragam dan Kasut kakitangan DVS yang layak, tuntutan pembelian Alat Komunikasi Mudah Alih, Pemeriksaan Kesihatan untuk pegawai 40 tahun dan ke atas, urusan Lawatan Persendirian Ke Luar Negara, Keselamatan Perlindungan (KP) serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).
  • Bertanggungjawab memastikan keceriaan, kebersihan dan keselamatan pejabat.
  • Bertindak sebagai pihak Perantaraan antara Jabatan dengan Agensi-agensi lain berkaitan urusan Keselamatan dan Pentadbiran Am.
  • Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan Pentadbiran dan Keselamatan.

 

4. SEKSYEN PENGURUSAN ASET

  • Memberi khidmat nasihat dalam semua urusan Pengurusan Aset.
  • Bertindak sebagai pihak Perantaraan antara Jabatan dengan Agensi-agensi lain berkaitan dengan aset Jabatan.
  • Bertanggungjawab mengawal dan mengemaskinikan semua rekod yang berkaitan dengan  Pengurusan Aset.
  • Menyelaras dan memproses urusan berkaitan penyewaan tanah dan ruang bangunan.
  • Menyelaras dan memberi khidmat nasihat dalam pengurusan tanah dan aset Jabatan.

 


Kemaskini pada 2020-10-06 12:26:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page