Friday, 24 May, 2019   1:01 AM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

Lembu Fidlot

Kesihatan

7.1 Sebelum Menerima Ternakan
 
Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu Sebelum ternakan dibawa masuk. Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman). Contoh disinfektan yang boleh digunakan

 

  • Lindores

  • Omnicide

  • Mefarol

  • Lysol
     

Jenis rawatan

Contoh ubat-ubatan

i. Rawatan luka

Tinktur iodin 2 %

Gusanex Spray

Serbuk Negasunt

ii. Rawatan sokongan

Antistress- Stress Pak

Catasol/fercobsang/Tonophosphan!

FercobsangIVitamin B12/Dextrose

iii. Rawatan antidirea

Kaolin, pectin

Beacosin /Scourban Plus/Scour-X

iv. Anti-inflamatori

(Rawatan bengkak)

Dexa-tomanol

Dexadresson

v. Rawatan sakit mata

Terramycine pink eye spray

Eye ointment

vi. Rawatan kembung

Bloat remedy

vii. Antibiotik berspektrum Was

Oxytetracycline

Penicillin

Streptomycine

Jadual 8 menunjukan jenis jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit penyakit yang lazim pada ternakan lembu fdlot

 

 

 

7.2 Sewaktu Menerima Ternakan


Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti :

Diarea

 

  • Pernafasan tidak normal

  • Cecair daripada hidung (nasal discharge)

  • Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar

  • Bulu tidak kemas dan pudar

  • Kehadiran kutu pada badan ternakan.

  • Tanda-tanda lain yang tidak normal.
     

Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini.Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubat antistress (Stress pack).

7.3 Semasa Tempoh Pemeliharaan


Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dan minuman dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit.Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan.

Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut

:i. Pemberian ubat cacing (deworming)

Dilaksanakan jika perlu berdasarkan -

a.Tanda-tanda bebanan cacing seperti -

  • Kurang selera makan

  • Kurus/lemah

  • Berak cair/diarea

  • Najis berbau

  • Bulu tidak kemas dan pudar

  • Perut buncit/abdomen besar

  • Selaput basah pucat

  • Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu


b. Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)
- bilangan telur cacing dalam tinja.

Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral

  • Systemic/Synaptic

  • Chanaverrn Plus
     

ii. Pembasmian kutu (Deticking)

 

Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing pada badan ternakan..Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan -

  • Asuntol, Malathion, Tactic, Greenade : secara mandian/spray

  • Bayticol : secara pour-on

  • Ivomec : secara suntikan

Bebanan kutu boleh menggugat tumbesaran ternakan disamping menyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit seperti Babesiosis.

iii. Rawatan

 

  • Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit.

  • Pastikan rawatan itu ekonomik, berpontensi untuk sembuh, bukan penyakit yang menular dengan cepat dan bukan penyakit zoonotik.
     

7.4 Penyakit-penyakit yang lazim

a. Diarea (cirit-birit)

Etiologi (Agen penyebab)

  • Pengurusan : pemakanan tidak sesuai

  • Peralatan/air tidak bersih

  • Parasit : cacing

  • Bahan kimia : keracunan

  • Penyakit : bakteria, virus, protozoa
     

Tanda klinikal

  • Berak cair, sakit abdomen, dehidrasi

  • Pyrexia(demam), septicaemia, toxemia

  • Anorexia (tiada selera, lemah)

  • Najis cair/lembik, berubah bau/warna
     

Diagnosis

  • Pemerikasaan klinikal

  • Perubahan pada najis

  • Calitan najis, serum, sampel najis, kikisan rektal, sumber makanan (Ujian di makmal hubungi JPH)
     

Rawatan

  • Antidiarea : contoh kaolin, pectin

  • Antibiotik : contoh neomycin(Scour-X, Scourban Plus mengandungi kaolin dan neomycin) Coccidiostat : contoh Sulphadimidine 33 1/3% (Untuk rawatan diarea akibat coccidiosis)

  • Rawatan sokongan:
    Elektrolit/cecair : contoh dextroseMetabolic stimulant/ haematinic ; contoh Catasol, Fercobsang, Tonophosphan
     

Kawalan

  • Kawal pergerakan keluar masuk ternakan/ orang/ kenderaan untuk mencegah sebaran.penyakit

  • Jaga kebersihan kandang, program disinfektan

  • Perbaiki pengurusan: kebersihan peralatan, air bersih, asingkan ternakan sakit
     

b. Pneumonia (Radang paru-paru)

Etiologi (Agen penyebab) Virus, bakteria, parasit, bahan kimia

Tanda klinikal

 

  • Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea)

  • Demam (pyrexia)

  • Batuk, bersin, terdapat cecair daripada hidung (nasal discharge) - Lemah, kurus, tiada selera (anorexia)
     

Diagnosis

 

  • Bunyi paru-paru

  • Pemeriksaan klinikal
     

Rawatan

 

  • Jangkitan bakteria:

  • Asingkan ternakan sakit, rawat dengan antibiotik berspektrum luas (broad sectrum) seperti oxytetracycline 20%
     

Kawalan

 

  • Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat (overcrowded) - Asingkan ternakan sakit

  • Pengudaraan kandang (ventilasi) baik

  • Rawat tanda-tanda awal penyakit
     

Luka berulat (maggot wound/myiasis)

 

Etiologi (Agen penyebab)
Kesan luka yang tidak di rawat.
Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteria menghasilkan ban busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia bezziana untuk bertelur. Larva-larva yang dihasilkan memakan dan merosakkan tisu. Jangkitan sekunder oleh bakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.

Tanda klinikal

 

  • Terdapat luka yang berulat.

  • Ternakan gelisah, gatal

  • Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun
     

Diagnosis

 

  • Pemeriksaan/ tanda klinikal
     

Rawatan

 

  • Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen peroksida 3%)

  • Keluarkan ulat (dengan forsep)

  • Bunuh ulat menggunakan serbuk Negasunt.

  • Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil Cegah lalat dengan Semburan Gusanex

  • Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkitan kedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh Oxytetracycline 20% L.A.

 

Kawalan

 

  • Elakkan ternakan daripada luka

  • Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah hinggapan lalat pada kawasan luka


d. Kembung (bloat)

 

Etiologi (Agen penyebab)
Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan retikulum melebihi kadar pembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation). Gas yang terkumpul menyebabkan rumen/ retikulum membesar. Kadar gas yang dikeluarkan secara berlebihan ini mungkin di sebabkan:

 

  • Gangguan fizikal: sekatan pada esofagus, kedudukan abomasum (abomasums displacement) atau radang perut (gastritis).

  • Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC), sensitiviti pada ubat, kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayu beracun. - Gangguan enterotoxamia/ keracunan nitrat
     

Tanda klinikal

 

  • Pembesaran bahagian kiri abdomen

  • Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuk - Kurang selera, sakit bahagian abdomen - Kadar pernafasan meningkat,

  • Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring kesakitan - Dyspnea (kesukaran bernafas)
     

Diagnosis

 

  • Pemeriksaan/tanda klinikal
     

Rawatan

 

  • Pemberian ubat penahan kembung:
    -Beri  bloat remedy terus ke dalam rumen atau secara oral.
    -Minyak masak (100 - 500 ml) boleh diguna untuk memendak buih lantas menggalakkan pengeluran gas.
    -Halia dan Turpetine juga boleh di gunakan
     

  • Pengeluaran gas daripada rumen:
    -Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terns ke dalam rumen.
    -Bagi keadaan serius, gun a tochar dan canula untuk menebuk lubang di bahagian paralumbar fossa dibahagian    kiri abdomen
     

Kawalan

 

  • Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus.

  • Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukar makanan dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum memberi 100% PKC

    NOTA:

    Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukkan secara fidlot mestilah sesuai dengan keadaan cuaca yang panas, mempunyai daya ketahanan terhadap parasit dan penyakit.

    Ternakan fidlot juga sering terdedah kepada kecederaan fizikal dan asidosis laktik (rumenitis). Kecederaan fizikal pada amnya disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yang tidak mencukupi seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang kandang, kuantiti makanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang salah serta berlaku pergaduhan antara ternakan dalam kandang.

    Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagian kaki dan badan. Tabiat lembu jantan suka memanjat boleh menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam seperti paku dan serpihan kayu yang terdapat di kandang juga boleh menyebabkan kecederaan pada ternakan.

    Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap atau pun cara memperkenalkan makanan konsentrat pada ternakan tidak betul. Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauh melebihi keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan boleh mengalami asidosis laktik.



Kemaskini pada 2015-11-03 11:36:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page