March 31, 2017   4:34 PM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
jata 

Soalan Lazim Import Haiwan Kesayangan

Baka tertentu anjing tidak boleh diimport ke negara ini manakala terdapat sekatan ke atas import beberapa baka anjing lain. Sila rujuk kepada Senarai Baka Anjing Terlarang / Terhad dan syarat-syarat kelulusan pengimportan Baka Anjing Terhad.

 

Haiwan eksotik asal hidupan liar mungkin tertakluk kepada syarat-syarat pemuliharaan hidupan liar di bawah CITES. Sila rujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk maklumat lanjut.

 

Import adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan mengimport Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS). Untuk jenis haiwan dan produk-produk yang tidak disenaraikan, sila tulis kepada kami untuk peraturan-peraturan khusus.

.

  • Adakah terdapat sekatan ke atas jenis-jenis haiwan yang boleh diimport?
  • Bagaimana saya mengimport haiwan kesayangan ke Malaysia?

 

Anjing dan kucing hendaklah sekurang-kurangnya berumur 3 bulan pada masa import.

 

Tidak ada sekatan ke atas bilangan haiwan yang boleh diimport oleh seseorang. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan di Malaysia mempunyai peraturan-peraturan yang berkaitan dengan bilangan anjing yang boleh disimpan di dalam premis kediaman.

 

Ini tidak perlu (kecuali untuk baka anjing terhad) tetapi adalah dinasihatkan.

 

Anda dikehendaki untuk mendapatkan permit import daripada jabatan ini untuk mengimport haiwan kesayangan ke Malaysia. Haiwan yang tiba tanpa permit import tidak boleh dibenarkan masuk oleh pegawai-pegawai kuarantin haiwan di pintu masuk. Untuk mengimport haiwan eksotik atau hidupan liar sebagai haiwan kesayangan, anda mungkin juga perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum memohon permit import daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

 

- Bagi pengimportan ke Semenanjung Malaysia, permit import hendaklah diperolehi daripada Pengarah Jabatan Veterinar Negeri atau Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia.

 

- Bagi pengimportan ke Negeri Sabah dan Sarawak, pertanyaan dan permohonan hendaklah dibuat kepada negeri-negeri berkenaan.

 

Anda perlu mengemukakan permohonan bersama-sama dengan satu salinan rekod vaksinasi semasa dan yuran permit import berjumlah lima Ringgit Malaysia (RM 5.00) bagi setiap anjing / kucing. Bayaran ini boleh dibayar secara tunai atau melalui bank draf, kiriman wang atau wang pos, yang dibayar kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia atau Pengarah Negeri yang berkenaan. Pemohon di luar negara boleh mengemukakan permohonan melalui pos atau melalui wakil tempatan (rakan, saudara atau ejen di Malaysia).



Anda boleh :

i. Mendapatkan borang permohonan daripada pejabat di atas ATAU
ii. memuat turun PDF version

  • Adakah terdapat syarat umur minimum untuk pengimportan?
  • Berapa banyak haiwan kesayangan yang boleh saya import?
  • Adakah haiwan kesayangan saya perlu dilengkapi dengan  mikrocip?
  • Adakah saya memerlukan Permit Import?
  • Di mana boleh saya dapatkan permit import?
  • Bagaimana boleh saya dapatkan permit import?



  •  
  •  

Permit dikeluarkan dalam masa sehari.

 

Permit import adalah sah selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan.

 

Haiwan kesayangan yang tiba di Malaysia hendaklah disertakan dengan Sijil Kesihatan Veterinar dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Veterinar negara pengeksport yang mematuhi peraturan-peraturan import.

 

  • Berapakah tempoh untuk mendapatkan permit import?
  • Apakah tempoh sah permit import?



  •  
  •  

Import adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan mengimport Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

 

Haiwan peliharaan hanya boleh diimport sebagai kargo pengiriman dan hendaklah diisytiharkan kepada Pegawai Kuarantin Haiwan di tempat pendaratan untuk pelepasan masuk.

 

Walaupun tidak diwajibkan, tetapi adalah baik untuk memaklumkan kepada Pegawai Kuarantin Haiwan di pintu masuk (lihat senarai pintu masuk) berkenaan dengan maklumat anggaran waktu ketibaan dan maklumat penerbangan untuk pelepasan masuk lebih cepat.

 

Haiwan peliharaan mungkin  tidak dibenarkan masuk atau tertakluk kepada apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Kuarantin Haiwan.

 

Untuk kelulusan kemasukan, haiwan peliharaan mesti mendarat hanya di pintu masuk yang dinyatakan dalam permit import. Haiwan peliharaan yang memerlukan kuarantin hanya boleh mendarat di KLIA, Pulau Pinang atau Padang Besar di mana kemudahan kuarantin disediakan.

 

 Haiwan peliharaan adalah diperlukan untuk mendarat dan diluluskan masuk di pintu masuk yang dinyatakan dalam permit import. Transit haiwan peliharaan di tempat-tempat kemasukan lain tidak dibenarkan tanpa kebenaran oleh pegawai Kuarantin Haiwan di pintu masuk yang ditetapkan.

 

Selain daripada caj Kastam, kemasukan haiwan peliharaan adalah tertakluk kepada caj pemeriksaan veterinar.

 

Salinan asal permit import, sijil kesihatan daripada pihak berkuasa veterinar negara pengeksport dan kelulusan CITES (jika perlu) hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kuarantin Haiwan untuk pelepasan. Semua dokumen hendaklah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

 

Sijil Kesihatan Veterinar hendaklah bertarikh dalam tempoh 7 hari eksport kecuali dinyatakan sebaliknya dalam peraturan import.

 

Haiwan peliharaan juga boleh dibawa masuk bersendirian tanpa pemilik atau individu. Seorang wakil tempatan (rakan, saudara atau ejen di Malaysia) boleh dilantik oleh pemilik untuk mengendalikan pemeriksaan di pintu masuk dan hal-hal berkaitan dengan kuarantin.

 

Anjing dan kucing dari United Kingdom, Republik Ireland, Sweden, Australia, New Zealand, Jepun, Brunei dan Singapura tidak tertakluk kepada syarat kuarantin dengan syarat haiwan itu sihat dan semua dokumen adalah lengkap. Anjing dan kucing dari negara-negara lain adalah tertakluk kepada kuarantin sekurang-kurangnya 7 hari.

 

 Kemudahan kuarantin untuk anjing dan kucing disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Padang Besar (Sempadan Perlis-Thailand).

 

Untuk haiwan peliharaan yang mesti dikuarantin, permit import hendaklah dikeluarkan hanya selepas pengesahan ruang kuarantin yang ditentukan oleh Stesen Kuarantin Haiwan berkenaan. Oleh itu apabila permit import dikeluarkan, ini bermakna kuarantin dikhaskan untuk ketibaan.

 

Pegawai Kuarantin Haiwan di pintu masuk akan membantu dalam pengangkutan haiwan ke stesen kuarantin.

 

Ya, pemilik dan sesiapa yang diberi kuasa olehnya dibenarkan untuk melawat haiwan setiap hari pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Bagaimanapun, pengunjung dinasihatkan supaya mematuhi segala undang-undang dan peraturan-peraturan stesyen kuarantin sepenuhnya.

 

Caj kuarantin untuk anjing dan kucing adalah lebih kurang RM 79.00 dan RM 72.00 masing-masing setiap minggu. Caj ini tidak termasuk makanan dan kos-kos rawatan yang mungkin diperlukan.

• Apakah syarat-syarat dan prosedur semasa pengimportan sebenar?
• Adakah saya perlu memberitahu pegawai di pintu masuk mengenai kedatangan haiwan peliharaan saya?
• Apakah yang akan berlaku jika sewaktu mengimport, saya tidak mematuhi peraturan-peraturan dan prosedur?

  1. Syarat-syarat atau prosedur semasa pengimportan sebenar

• Apakah syarat-syarat dan prosedur semasa pengimportan sebenar?
• Adakah saya perlu memberitahu pegawai di pintu masuk mengenaikedatangan haiwan peliharaan saya?
• Apakah yang akan berlaku jika sewaktu mengimport, saya tidak mematuhi peraturan-peraturan dan prosedur?

  1. Pelepasan Pintu Masuk

    • Adakah terdapat sekatan di pintu masuk?
    • Bolehkah haiwan peliharaan saya transit di pintu masuk  lain di Malaysia?
    • Adakah terdapat caj yang dikenakan untuk pelepasan masuk?
    • Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelepasan di pintu masuk?
    • Apakah tempoh sah sijil kesihatan?
    • Adakah apa-apa masalah sekiranya saya tidak melakukan perjalanan bersama dengan haiwan peliharaan saya?

  2. Kuarantin

    • Adakah haiwan peliharaan saya tertakluk kepada  kuarantin dan berapa lamakah tempoh kuarantin?
    • Pintu-pintu masuk yang manakah disediakan dengan kemudahan kuarantin?
    • Adakah saya perlu membuat tempahan kuarantin untuk haiwan peliharaan saya?
    • Bagaimana boleh saya membawa haiwan peliharaan saya ke stesen kuarantin?
    • Bolehkah saya melawat peliharaan saya semasa kuarantin?
    • Berapakah caj kuarantin?



Kemaskini pada 2015-10-30 15:38:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page


Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Wisma Tani, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62624 Putrajaya

Tel: (603) 8870 2000 | Faks: (603) 8888 6021 | Email: pro[a]dvs.gov.my
Jumlah Pelawat : 4239712 Tarikh Kemaskini : 31-03-2017

Hakcipta Terpelihara 2015 © Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Terma & Syarat | Dasar PrivasiDasar Keselamatan | Penafian
Paparan terbaik dengan skrin beresolusi 1024 x 768 piksel menggunakan browser Mozila Firefox atau Chrome terkini
Hari IniHari Ini556 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4239712