R. Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun? S. Jika saya kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah saya meminjam daripada bank? Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 - 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut. T. Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan? Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 30 - 40 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 2.0 - 2.1 pada berat ayam 2 kg hidup. U. Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut? Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging. Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:-
Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.5 atau 2.6 dan sebagainya. Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 2 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 2 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging. V. Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa? Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh:
W. Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya. Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam. X. Oleh kerana sema input diberi secara kredit, bagaimana hutang terhadap integrator diselesaikan? Sebelum ayam anda dikeluarkan oleh integrator dari ladang atau selepas ayam tersebut sampai di loji pemprosesan, ayam akan ditimbang. Pendapatan anda akan ditentukan. Pihak integrator akan menolak semua kos anak ayam, makanan, ubat-ubatan yang telah anda gunakan. Bakinya adalah milik anda. Tetapi jangan lupa selesaikan hutang bank anda terlebih dahulu, jika anda masih belum habis menjelaskan hutang untuk pembinaan reban dahulu. Y. Bagaimana boleh berjaya dalam ternakan ayam daging berkontrak
Z. Bagaimana untuk mendapat keterangan lanjut? Boleh berhubung dengan Unit Unggas melalui emel unggas@dvs.gov.my .
|
Kemaskini pada 2023-05-11 16:38:14 daripada Administrator