November 21, 2017   10:51 AM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
 

Soalan Lazim - Fidlot

12.SIAPAKAH BOLEH MENTERNAK LEMBU FIDLOT ?

 

Sesiapa juga beleh menternak lembu fidlot tetapi seorang penternak itu mestilah :

 

  • berminat
  • mempunyai kawasan tanah
  • mempunyai modal
  • boleh mengerjakannya
  • boleh menjual lembu setelah selesai penggemukan
13. BAGAIMANAKAH MEMILIH KAWASAN ?

 

Kawasan untuk fidlot mestilah :

 

  • Cukup ruangan untuk kandang iaitu 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi tiap-tiap seekor lembu.

  • Mempunyai jalan keluar masuk yang baik.

  • Mudah mendapatkan makanan temakan.

  • Mudah mendapatkan air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.

  • Mempunyai saliran yang baik supaya tidak mencemar alam sekitar.

  • Jauh dari rumah kediaman, supaya bau kandang tidak mengganggu orang ramai.

  • Hampir dengan tempat menjual lembu dan pasar menjual daging.


     

14. BAGAIMANA CARANYA MEMBINA KANDANG YANG BETUL ?

 

  • Kandang mestilah berlantai konkrit. Luas lantai untuk seekor lembu ialah 3 meter persegi (lebih kurang 30 kaki persegi). Misalnya untuk 10 ekor lembu, kandang itu mestilah 10 meter Lebih kurang 30 kaki) panjang dan 3 meter (lebih kurang 10 kaki) lebar. Tingginya ialah di antara 2.5 - 3.0 meter (lebih kurang 8 - 10 kaki).

  • Tiang dan palang dinding hendaklah cukup kuat tetapi tidak semestinya kayu yang mahal. Kayu lama atau kayu hutan yang baik boleh digunakan menjimatkan kos. Atap nipah atau zing boleh digunakan sebagai bumbung.

  • Lantai konkrit mestilah baik dan tahan supaya kuku lembu tidak cedera. Kecerunan mesti sesuai supaya air tidak bertakung dan ternakan berdiri dengan selesa.

  • Palung makanan boleh dibuat dari konktrit, papan atau tong minyak dibelah dua. Ruangan untuk makan ialah 0.5 meter (lebih kurang 1.5 kaki) seekor.

  • Palung air boleh dibuat dari konkrit, tong minyak dikerat dua atau tong plastik. Ruangan untuk minuman ialah 0.2 meter  lebih kurang 3/4 kaki tiap-tiap) seekor.

  • Kalau boleh di sekeliling kandang ada pokok-pokok teduhan, tetapi tidak menghalang pengudaraan kandang yang baik.

15. APA LAGI PERLU DIBINA?

 

  • Stor makanan hendaklah berlantai dan berbumbung supaya sentiasa kering. Ia mesti berhampiran dengan kandang supaya mudah mengangkut makanan. Awas, jika tidak disusun rapi, tikus akan bersarang.

  • Sebuah takungan Tinja (Najis) berukuran 0.03 meter padu (lebih kurang satu kaki padu) untuk seekor sehari perlu dibuat. Ia berguna untuk menampung pepejal tinja. Hanya air jernih saja yang keluar ke dalam longkang besar. Ini akan mengurangkan pencemaran air. Mendapan tinja boleh dikumpulkan untuk dijadikan baja tanaman.

  • Tempat Memunggah pula diperlukan supaya mudah ternakan turun ketika mula-mula sampai dan naik lori ketika dijual nanti. Pagarnya mestilah kuat supaya lembu tidak terlepas lari.

  • Pasung pula diperlukan untuk memeriksa dan membuat rawatan kepada ternakan atau untuk menimbang lembu.

Harus diingat, jangan berbelanja berlebihan untuk membuat kandang dan kemudahan-kemudahan tersebut. Yang perlu ianya dibuat dengan sempuma dan kukuh. Jika kandang terialu terlalu mahal, untung akan berkurangan. Jika palung makanan bocor, makanan akan terbuang dan membazir.

 

 

16. BERAPA ORANG BOLEH BEKERJA ?

 

Menternak lembu secara fidlot tidak memerlukan banyak tenaga. Bergantung kepada bentuk pengurusan, anda seorang boleh menjaga sehingga 200 ekor lembu tanpa masalah. Seorang lagi ahli keluarga boleh membantu apabila diperlukan.

 

 

17.APAKAH KERJA HARIAN DI KANDANG FIDLOT ?

 

Mudah saja ! Kerja-kerja berikut adalah mengikut susunan. Boleh diubahsuai di mana perlu. Biasanya ia dibuat di sebelah pagi :

 

  • Perhatikan dahulu ternakan secara keseluruhan jika ada temakan yang kelihatan sakit. Camkan kalau ada yang kurang sihat atau tidak mahu makan, tempang, berak cair, keluar liur, berbunyi ganjil atau terbaring.

  • Periksa palung makanan dan palung air, terhadkan sisa dedak dan anggarkan makanan yang perlu ditambah hari itu.

  • Basuh lantai kandang dan jika perlu ternakan itu sekali. Basuh palung air dan gantikan airnya. Awas, palung makanan jangan dibasuh. Jika basah dedak akan cepat berbau dan lembu tidak memakannya.

  • Palung makanan perlu disapu sahaja. Sisa dedak boleh ditolak ketepi. Setelah meletak dedak baru, sisa dedak tadi boleh ditabur di atasnya. Jika dibuang, ia membazir.

  • Jika sah terdapat lembu yang sakit, Pejabat Haiwan yang paling hampir perlu dipanggil untuk memeriksa lebih lanjut dan memberi rawatan.


     

Dengan 10 - 50 ekor temakan masa yang perlu digunakan di kandang ialah antara 2 - 4 jam sehari. Masa yang masih terluang boleh digunakan untuk membuat kerja lain.

 

 

 



Kemaskini pada 2015-10-30 17:01:26 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page


Etc/GMT+4
Jumlah Pelawat : 4539558 Tarikh Kemaskini : 21-11-2017
Hari IniHari Ini475 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4539558