November 23, 2017   11:34 AM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
 

INSTITUT VETERINAR MALAYSIA (IVM)

Pengenalan
 
Ladang asal dibuka pada 1939 yang dikenali sebagai " Central Animal Husbandry Station" (CAHS) oleh Almarhum Tunku Abu Bakar (Kerabat Diraja Johor). Pada 1963, Pusat Latihan Veterinar (VTC) ditubuhkan bagi memenuhi keperluan program latihan Jabatan Veterinar di hadapan pejabat CAHS.
 
CAHS telah bergabung dengan VTC pada 1974 menjadi Institut Haiwan dan telah berpindah ke pejabat baru pada 1976. Pada April 2008, Institut Haiwan telah mengalami penjenamaan baru kepada Institut Veterinar Malaysia (IVM).
 
Sebagai Institut latihan utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, IVM bertanggungjawab menjalankan latihan bagi menjayakan dan menyokong usaha kerajaan membangunkan industri penternakan negara. Misi institut adalah untuk menyediakan kemudahan latihan berkualiti dan kepakaran dalam bidang kesihatan dan pengeluaran ternakan. Manakala, visi institut adalah untuk menjadi pusat latihan dan rujukan yang unggul dalam bidang industri ternakan.
 
 
 
Objektif
 
    Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan mahir di dalam pengeluaran dan kesihatan ternakan terutamanya di kalangan anggota jabatan dan usahawan.
    Mengeluarkan baka dan produk ternakan yang berkualiti tinggi menerusi kaedah yang cekap dan berekonomi.
    Menjalankan penyelidikan gunaan dan menghasilkan maklumat serta rujukan terkini dalam sains penternakan.
    Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran kepada usahawan ternakan.
 
 
 
Fungsi
 
 
    Menyediakan infrastruktur dan kemudahan latihan teknikal veterinar dan teknologi penternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri), arnab serta kuda.
    Melaksanakan kursus teknikal perkhidmatan veterinar, pra perkhidmatan, dan keusahawanan.
    Menyediakan sumber untuk keperluan latihan.
    Menjadi pusat rujukan, perundingan dan lain-lain yang berkaitan teknologi penternakan dan industri haiwan.
    Mengadakan jalinan kerjasama bagi tujuan pengumpulan dan penyebaran maklumat berkaitan dengan teknologi veterinar dan industri haiwan.
 
 
 
Maklumat lanjut sila hubungi:
 
Pengarah Institut Veterinar Malaysia
Km 13, Jalan Batu Pahat
Beg Berkunci 520
86009 Kluang
Johor

Kemaskini pada 2015-11-06 15:24:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page


Etc/GMT+4
Jumlah Pelawat : 4543102 Tarikh Kemaskini : 23-11-2017
Hari IniHari Ini569 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4543102