February 22, 2018   11:09 PM
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size

Sila layari dan yes Facebook Page Institut Pengurusan Veterinar Cheras untuk berita dan aktiviti terkini.

TAHUKAH ANDA?
Tempahan kemudahan-kemudahan di Institut Pengurusan Veterinar Cheras boleh dibuat di Portal 1MTC?


Apakah Portal 1MTC?

Portal 1MTC adalah singkatan untuk Portal Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) yang merupakan gerbang utama kepada informasi perkhidmatan latihan di Institut Latihan Awam (ILA) Kementerian dan agensi Kerajaan.

Apakah Projek 1MTC?
Projek Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) adalah inisiatif yang diilhamkan oleh Jawatankuasa Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) di bawah inisiatif NBOS 7 pada 29 Oktober 2012. Projek 1MTC bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan semua kemudahan latihan yang sedia ada di Institut Latihan Awam (ILA) Kementerian dan agensi Kerajaan yang telah dikenalpasti serta membantu Kerajaan dalam membuat keputusan strategik berkaitan penggunaan ILA.

Siapakah peneraju dan rakan strategik Projek 1MTC?
Projek Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama dengan rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLK), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan 1M4U (1 Malaysia for Youth).

KLIK
DI SINI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN KEMUDAHAN DI INSTITUT PENGURUSAN VETERINAR CHERAS

Catatan: Buat masa ini perkhidmatan ini hanya terbuka kepada Agensi Kerajaan sahaja



Etc/GMT+4
Jumlah Pelawat : 4662586 Tarikh Kemaskini : 22-02-2018
Hari IniHari Ini1755 Jumlah PelawatJumlah Pelawat4662586