Sunday, 22 September, 2019   8:24 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

Itik Telur

 


MENGAPA MAKANAN ITIK TELUR BERSUKAT ?

 

Makanan yang diberi kepada itik telur mesti bersukat atau ditimbang terlebih dahulu. Makanan yang tidak mencukupi akan membantutkan pembesaran itik telur. Itik yang kurang makanan lambat besar dan tidak bertelur pada masa yang dijangkakan. Jika bertelur pun pengeluarannya adalah rendah.

 

Itik yang terlalu banyak menerima makanan pula akan terlalu cepat membesar. la akan bertelur terlalu awal, tetapi pengeluarannya rendah dan saiz telur adalah kecil. Itik-itik yang bertelur terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur. Secara am, itik akan mula bertelur apabila telah mencapai berat badan 1.8 - 2.1 kg.

 

JIKA SAYA INGIN MENGGUNAKAN MAKANAN KOMERSIAL, APAKAH JENIS-JENIS YANG BOLEH SAYA GUNAKAN ?

 

Duck Starter Crumble 1 hari - 3 minggu.Duck Grower Pellet 4 minggu - 15 minggu Duck Layer Pellet 16 minggu ke atas.

 

JIKA SAYA INGIN MENCAMPUR MAKANAN ITIK SAYA SENDIRI, DARI MANA SAYA BOLEH PEROLEHI FORMULANYA?

 

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri atau Unit Ayamitik di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur ada menyimpan beberapa formula yang sesuai untuk tujuan tersebut. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan formula tersebut

 

BERAPA BANYAKKAH SEEKOR ITIK TELUR YANG SEDANG BERTELUR MAKAN SEHARI ?

 

Jika anda menggunakan makanan yang kering seperti makanan komersial, seekor itik telur memerlukan 140 - 160 gm sehari. Jika makanan tersebut telah dibancuh dengan air, ia mestilah sekurang-kurangnya 175 - 200 gm sehari.

 

BILA ITIK TELUR MULA BERTELUR ?

 

Itik yang menerima makanan yang secukupnya melalui sukatan yang ditetapkan akan mula bertelur pada minggu ke 18 atau ke 19. Jika makanan tidak cukup, ia tidak bertelur walaupun telah berumur 25 minggu. Tetapi jika makanan terialu berlebihan, ia akan bertelur lebih awal walaupun hanya baru berumur 14 - 16

 

BERAPA LAMA ITIK BERTELUR ?

 

Ada penternak yang menyimpan itik mereka sehingga 3 tahun. Waktu bertelur yang paling sesuai adalah dalam lingkungan 2 tahun. Itik yang terlalu tua tidak boleh mengeluarkan telur yang menguntungkan.

 

JIKA KULIT TELUR ITIK KOTOR, BOLEHKAH DICUCI DENGAN AIR ?

 

Tidak boleh! Kulit telur mempunyai rongga yang halus yang akan membolehkan air dan kuman bakteria masuk ke dalam telur. Ini akan menyebabkan mutu telur itik menurun. Untuk mengelakkan kulit telur menjadi terlalu kotor, pastikan lantai reban dan bekas bertelur mestilah bersih dan kering.

 

SISTEM PERUMAHAN BAGI ITIK TELUR

 

Terdapat dua sistem perumahan yang boleh dijalankan oleh penternak. Sistem pengurusan yang intensif memerlukan sebuah reban di mana itik telur tidak keluar daripada reban tersebut. Bagi pengurusan yang separa intensif, itik telur dikurung di dalam reban pada sebelah malam dan dilepaskan di kawasan lapang di luar reban yang berpagar. Sistem ini adalah lebih sesuai bagi pentemak yang ingin menjalankan projek temakan itik telur.

 

LUAS LANTAI/TAPAK UNTUK REBAN TELUR ITIK ?

 

Kawasan yang diperlukan adalah mengikut sistem pengurusan yang diamalkan. Secara am, sistem intensif boleh memuatkan bilangan itik telur yang lebih tinggi bagi setiap meter persegi jika dibandingkan dengan sistem separa intensif.

 

Jadual 2 menyarikan keluasan reban yang diperlukan bagi itik Jadual 2 : Keluasan Reban - Itik Tetur Sistem Perumahan Umur Itik Telur 1 hari hingga 4 minggu 5 minggu hingga 20 minggu 20 minggu ke atas Intensif 10 ekor / m2 6 ekor / m2 4 - 5 ekor / m2 Separa Intensif 8 ekor / m2 7 ekor / m2 2 - 3 ekor / m2 Bagi Penternak yang mengamalkan sistem separa intensif, reban beratap yang luasnya 7m x 20m dengan kawasan luar yang berukuran 14m x 2Orn Pdalah sesuai untui 500 - 600 ekor itik.

 

BAGAIMANA MENJAMIN KULIT TELUR VANG BERSIH ?

 

Bekas atau tempat bertelur hendaklah bersih, kering dan mencukupi untuk itik bertelur. Jika sarap dari abok papan atau sekam padi digunakan di dalam bekas bertelur buang sarap yang 4)asah dan gantikan dengan yang kering. Ukuran bekas untuk bertelur ialah 40 x 4(1 x 30cm dan satu bekas sesuai untuk 5 ekor itik. Selain daripada itu, kawasan reban hendaklah dibersihkan selalu daripada sampah sarap dan najis itik agar ia sentiasa bersih dan kering.

 

 

 

 

 

Paparan: 1  2  3  


Kemaskini pada 2015-11-02 16:35:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page