Sunday, 22 September, 2019   8:39 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

Itik Telur

DI MANAKAH TELUR ITIK BOLEH DIPASARKAN ?

 

Menjual telur itik sepatutnya tidak ada apa-apa masaalah, jika mutu adalah baik kerana selain daripada menjual sendiri, FAMA ada membeli telur itik, terutama di kawasan utara, iaitu di negeri Kedah dan Perlis.

 

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA SEMASA PENJUALAN TELUR ITIK?

 

Bagi telur itik, berat dan warna kuning telur adalah faktor yang penting. Telur itik yang beratnya 65 gm ke atas dan warna kuning telur yang merah akan mendapat harga yang tinggi jika dibandingkan dengan telur yang beratnya rendah dan wama kuning telurnya yang pucat. Lain-lain faktor yang diambil kira ialah kebersihan dan kualiti kulit telur itik tersebut.

 

BAGAIMANA KUNING TELUR BOLEH DIMERAHKAN ?

 

Bagi pentemak yang mencampuri makanan itik telur mereka sendiri, kulit udang sering dicampurkan. Kulit udang mengandungi sejenis bahan pewama yang dikenal bebagai xan thophyll dan ia boleh memberi warna merah kepada kuning telur. Kulit udang adalah sukar diperolehi. Selain daripada kulit udang, pewarna sintetik juga sering digunakan. Pewarna tersebut dikenali sebagai "corophyll".

 

BAGAIMANA WARNA KUNING TELUR DITENTUKAN ?

 

Telur itik akan dipecahkan dahulu untuk melihat kuning telur. Kuning telur tersebut pula dibandingkan dengan kipas pewarna Roche (Roche's colour Fan). Kuning telur yang pucat mempunyai bacaan 1 - 12. Bacaan 13 - 15 adalah bagi kuning telur yang merah.

 

BAGAIMANA MEMPEROLEHI "CAROPHYLL"?

 

Kedai-kedai atau agen membekal makanan itik ada menjual bahan pewarna tersebut. Jika terdapat sebarang masalah untuk membeli pewarna tersebut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

 

BAGAIMANA MENCAMPURKAN "CAROPHYLL" KE DALAM MAKANAN ?

 

  • "Carophyll" ini mahal harganya iaitu di dalam lingkungan $360 - $390/kg.
  • Penggunaannya adalah sedikit dan bergantung kepada warna telur itik yang sedang bertelur.
  • Kebiasaannya 8 -12gm "carophyll" digunakan bagi setiap 100 kg. makanan.
  • Untuk mencampurkan "carophyll" ke dalam makanan, ambil carophyll yang diperlukan dan campurkan dengan 1 - 2 kg makanan.
  • Gaul saina rata dan selepas tersebut, 5 kg makanan pula dicampur dengan campuran yang terdahulu.
  • Ulang cara ini beberapa kaii dengan menambah makanan ke atas campuran yang telah dicainpur dengan carophyll.

 

Cara ini ialah untuk mendapatkan campuran makanan yang sebati dan benar-benar mengandongi carophyll.

 

SELAIN DARIPADA TELUR SEGAR, BAGAIMANA TELUR ITIK DIJUAL KEPADA ORANG RAMAI ?

 

Telur asin dan telur abad adalah di antara telur itik yang telah diawit dan boleh didapati di kedai-kedai dan supermarket

 

BAGAIMANA PULA PENVAKIT ITIK ?

 

Jika kebersihan reban dan air minuman dijaga dengan rapi, itik tidak mudah dihinggapi oleh penyakit-penyakit yang kebiasaannya mudah diperolehi oleh ayam. Itik juga lebih tahan dari tekanan persekitaran (environmental stress jika dibandingkan dengan ayam, tetapi jika terdapat sebarang tekanan, pengeluaran telur akan berkurangan.

 

Sila dapatkan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan jika itik.telur anda didapati tidak sihat.

 

ADAKAAH MENTERNAK ITIK TELUR MENGUNTUNGKAN ?

 

Ya. Kos mengeluarkan sebiji telur itik ialah dari 6 - 12 sen jika menggunakan makanan campuran sendiri. Purata pengeluaran telur itik sehari dianggarkan lebih kurang 60 - 65% daripada jumlah itik telur. Jika penternak menggunakan makanan komersial, purata pengeluaran sehari ialah 70 - 75% dan kos pengeluaran sebiji telur adalah dalam lingkungan 10 - 14 sen/biji. Harga sebiji telur itik gred A (melebihi 65 gm dan warna pada kipas Roche 14 - 15) ialah 15 - 18 sen/biji.

 

DI MANA SAVA HARUS PERGI UNTUK KETERANGAN LANJUT ?

 

Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri yang berdekatan atau menulis terus kepada: Unit Ayam Itik Bahagian Pengeluaran Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Wisma Chase Perdana Bukit Damansara, Off Jalan Semantan 50630 Kuala Lumpur. Kami berbangga kerana dapat berkhidmat demi kemajuan dan kemahiran anda.

 

PENGHARGAAN

 

Siri Soal Jawab A - Z Mengenai Itik Telur ini telah dihasilkan dengan keriasama Puan Norhayati Omar yang telah menaip keseluruhan teks dan Encik Abu Hassan bin K. Alip, Pegawai Perhubungan Awam JPH serta Encik Mohd Yunus bin Mohd Ariffin, Pegawai Penerbitan, Kementerian Pertanian, yang telah mengatur urusan percetakannya.

 

Terima kasih.

 

 

 

 

Paparan: 1  2  3  


Kemaskini pada 2015-11-02 16:35:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page