Wednesday, 5 August, 2020   4:59 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

Lembu Fidlot

Pengenalan

1.2 Sistem Fidlot

 

Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia :

 

i. Sekali Masuk – Sekali Keluar

 

Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai "target" berat pasaran.  Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya.

 

ii. Masuk-Keluar Berterusan

 

Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan "target" pasaran bagi setiap kumpulan.  Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.

 

1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot.

 

Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot. Faktor berkenaan adalah :-

 

1.3.1 Faktor ternakan

  • Harga belian feeder

    Harga jualan finisher

  • Keupayaan prestasi baka yang digunakan.

1.3.2 Faktor makanan( harga ) yang digunakan

 

Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran.  Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan."Market Timing" kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar.  Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap hari projek beroperasi. Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini.  Pembaziran makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk kandang yang standard.

 

oleh mana-mana pihak walau dimana juga diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang ‘standard’.

Paparan: 1  2  


Kemaskini pada 2015-11-03 11:31:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page