Sunday, 8 December, 2019   4:04 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

Lembu Fidlot

Pengenalan

Manual Penternakan Lembu Fidlot” ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot.

 

Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik.  Walaupun begitu, ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja.

 

Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) semada di Negeri atau Daerah yang berdekatan. 

 

Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot.

 

Dengan terhasilnya “Manual Penternakan Lembu Fidlot” ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan.

 

1.1 Definisi Fidlot

 

Penternakan Lembu Fidlot” bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya untuk tempoh yang tertentu.

Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. 

 

Pengemukkan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan.  Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan ( baka KK ) yang di fidlot antara umur 12 hingga ke 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja,deposisi lemak adalah terlalu kecil.

Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging lembu dengan mengembleng segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan itu secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum.

 

Paparan: 1  2  


Kemaskini pada 2015-11-03 11:30:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page