EPP
|
KRITERIA MENYERTAI EPP
6. Untuk menyertai EPP bagi subsektor ternakan, pihak swasta diperlukan untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kriteria tersebut ditetapkan mengikut EPP yang berkenaan.
EPP 2
7. EPP 2 – meningkatkan pengeluaran "Edible Bird Nest" (Sarang Burung walit) – EPP2 adalah projek yang melibat aktiviti dalam semua rantaian nilai dalam industri EBN iaitu pengeluaran sarang burung walit, pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran. Kriteria yang diperlukan adalah:-
| i. |
Individu atau Syarikat berdaftar di Malaysia |
| ii. |
Mempunyai modal secukupnya |
| iii. |
Mempunyai pengetahuan asas perladangan dan pemprosesan sarang burung walit |
| iv. |
Mempunyai kawasan/lokasi projek yang sesuai |
| v. |
Memenuhi syarat yang dikenakan |
8. Kriteria untuk terlibat dalam operasi ‘Trading House' adalah seperti berikut:-
| i. |
Syarikat berdaftar di Malaysia sekurang-kurangnya Syarikat Sendirian Berhad |
| ii. |
Mempunyai Modal Dibenar sekurang-kurangnya RM 1.0 juta |
| iii. |
Mempunyai Modal Berbayar sekurang-kurangnya RM 0.5 juta |
| iv. |
Berpengalaman dalam bidang perdagangan EBN tempatan & luar negara |
| v. |
Menggaji tenaga professional (sekurang-kurangnya 30 % warga tempatan) dalam pengurusan syarikat |
| vi. |
Sekiranya syarikat usahasama (JV) mestilah dimiliki oleh warga tempatan sebanyak sekurang-kurangnya 51 % |
| vii. |
Mempunyai ikatan atau kerjasama perniagaan yang kukuh dengan syarikat luarnegara terutama dari Negara China |
| viii. |
Memenuhi syarat yang dikenakan |
Nota: Surat pelawaan untuk menjadi operator trading house telah diiklankan dalam laman web Jabatan.
EPP 5
9. EPP 5 - Penternakan lembu dibawah kelapa sawit – terdapat 3 pecahan di bawah EPP 5 iaitu penternakan secara integrasi, pembiakan dan pengeluaran bahan makanan ruminan.
| a. |
Penternakan secara integrasi, adalah pemeliharaan lembu di dalam ladang kelapa sawit milik syarikat samada diusahakan sendiri atau dengan mendapatkan perkhidmatan syarikat lain mengusahakannya. |
| |
Kriteria syarikat bagi pemeliharan lembu dalah seperti berikut: |
| |
i. |
Syarikat berdaftar di Malaysia sekurang-kurangnya Syarikat Sendirian Berhad, Enterprise atau Perkongsian |
| |
ii. |
Mempunyai Modal Dibenar sekurang-kurangnya RM 500,000 |
| |
iii. |
Mempunyai Modal Berbayar sekurang-kurangnya RM 250,000 |
| |
iv. |
Berpengalaman dalam bidang penternakan integrasi sekurang-kurangnya lima tahun |
| |
v. |
Menggaji tenaga profesional (sekurang-kurangnya 30 % warga tempatan) dalam pengurusan syarikat |
| |
vi. |
Sekiranya syarikat usahasama (JV) mestilah dimiliki oleh warga tempatan sebanyak sekurang-kurangnya 51 % |
| |
vii. |
Mempunyai perladangan kelapa sawit sekurang-kurangnya 1000 ekar |
| |
viii. |
Kecerunan ladang Kurang < 15o |
| |
ix. |
Umur pokok kelapa sawit lebih 5 tahun |
| |
x. |
Taburan hujan lebih 1500mm setahun |
| |
xi. |
Memenuhi syarat lain yang dikenakan |
b. |
Pengeluaran bahan makanan – pengeluaran makanan ruminan oleh syarikat pengeluaran makanan ruminan dengan kos yang berpatutan untuk kegunaan sendiri dan keperluan penternak disekitarnya. |
| |
Kriteria bagi syarikat untuk menjadi peserta EPP pengeluaran makanan: |
| |
i. |
Pengalaman/penglibatan dalam industri makanan haiwan sekurang-kurangnya 3 tahun |
| |
ii. |
Pengalaman/penglibatan dalam pembuatan/kilang makanan haiwan sekurang-kurangnya 3 tahun |
| |
iii. |
Mempunyai sumber bahan mentah yang berkualiti, mencukupi dan berterusan |
| |
iv. |
Mempunyai pasaran stabil dan kukuh |
| |
v. |
Mempunyai premis dalam pembuatan makanan haiwan |
| |
vi. |
Mempunyai "nutritionist" sendiri |
| |
vii. |
Mempunyai ternakan sendiri |
| |
viii. |
Memenuhi syarat lain yang dikenakan |
c. |
Pembiakan – Pemberian perkhidmatan permanian beradas keatas ternakan lembu untuk meningkatkan prestasi pembiakbakaan. |
| |
Kriteria bagi syarikat untuk menjadi peserta EPP pembiakan adalah : |
| |
i. |
Mempunyai Pasukan Teknikal |
| |
ii. |
Mempunyai Veterinarwan bertauliah |
| |
iii. |
Mempunyai sistem perekodan yang baik |
| |
iv. |
Menyediakan rancangan perniagaan termasuk rancangan pemasaran yang baik |
| |
v. |
Mempunyai rancangan pengembangan perniagaan |
| |
vi. |
Mempunyai kerjasama atau sokongan teknikal daripada agensi berkaitan (digalakkan) |
| |
vii. |
Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam industri ruminan |
|
Kemaskini pada 2015-11-13 10:34:44 daripada Administrator