EPP
EPP 16
12. EPP 16 – Pelaburan dalam ladang lembu di luar negara - Syarikat dari Malaysia melabur ke atas ladang lembu baru atau sedia ada di Australia atau negara lain. Kerajaan juga menggalakkan supaya produk dipasarkan di Negara selain Malaysia. Syarikat yang berminat diminta mematuhi kriteria yang ditetapkan.
i. |
Syarikat berdaftar di Malaysia sekurang-kurangnya Syarikat Sendirian Berhad, Berhad, Enterprise atau Perkongsian |
ii. |
Mempunyai Modal Dibenar sekurang-kurangnya RM 500,000 |
iii. |
Mempunyai Modal Berbayar sekurang-kurangnya RM 250,000 |
iv. |
Berpengalaman dalam bidang penternakan sekurang-kurangnya tiga tahun |
v. |
Menggaji tenaga professional (sekurang-kurangnya 30 % warga tempatan) dalam pengurusan syarikat |
vi. |
Sekiranya syarikat usahasama (JV) mestilah dimiliki oleh warga tempatan sebanyak sekurang-kurangnya 51 % |
vii. |
Mempunyai ikatan atau kerjasama perniagaan yang kukuh dengan syarikat luarnegara yang berpengalaman dalam penternakan lembu |
viii. |
Bersedia memberikan maklumat jualan kepada Jabatan |
13. Syarat lain yang dikenakan kepada syarikat untuk penyertaaan semua EPP
i. |
Mengemukakan permohonan rasmi kepada:
Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
WISMA TANI, BLOK PODIUM
LOT 4G1, PRESINT 4
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62630 PUTRAJAYA
|
ii. |
Menyediakan Rancangan perniagaan |
iii. |
Membuat pembentangan kepada Pasukan penilaian |
iv. |
Mengemukakan maklumat Pendapatan Negara Kasar (GNI) menggunakan ‘Template' yang disediakan |
v. |
Membuat rekod ternakan |
vi. |
Menandatangani perjanjian dan integriti Pack |
vii. |
Menjalankan projek dengan sebaik-baiknya |
viii. |
Mematuhi syarat lain yang dikenakan dari masa ke masa |
Muat Turun
14. Rancangan Perniagaan yang disediakan sekurang-kurangnya mengandungi perkara asas sebagaimana berikut:
i. |
Pengenalan projek |
ii. |
Latarbelakang syarikat |
|
• |
Rakan kongsi tempatan/asing |
|
• |
Pemilikan |
|
• |
Pegawai yang boleh dihubungi |
iii. |
Rancangan organisasi |
|
• |
Pasukan pengurusan |
|
• |
Struktur organisasi |
iv. |
Rancangan operasi |
|
• |
Sasaran pengeluaran bulanan & tahunan |
v. |
Rancangan Pemasaran |
vi. |
Rancangan Kewangan & pelaburan |
|
• |
Analisa kewangan jangka pendek & panjang |
|
• |
Pelaburan yang dibuat |
|
• |
Program pembesaran |
vii. |
Project Timeline and Gantt charts |
15. Kandungan Pembentangan
i. |
Menggunakan format yang diberikan oleh PEMANDU |
ii. |
Memasukkan maklumat penting yang diminta iaitu Pendapatan Negara Kasar dan jumlah pekerjaan diwujudkan |
16. Penutup
Sudah tiba masanya pihak swasta untuk merebut peluang dalam memajukan industri ternakan dengan pendekatan kerjasama swasta dan kerajaan. Ini kerana EPP adalah dipacu oleh pihak swasta dan kerajaan hanya akan memberi sedikit insentif jika perlu. Walaubagaimanapun kerajaan akan membantu atau memudahcara bagi mempastikan projek yang dijalankan mencapai kejayaan yang diharapkan.
|
Kemaskini pada 2015-11-13 10:35:30 daripada Administrator