EPP
10. EPP 12 - Pengukuhan perladangan lembu fidlot – Syarikat swasta diperlukan untuk menjadi syarikat penaraju kepada ladang fidlot milik kerajaan. Ladang ini dikenali sebagai ladang satelite. Ladang satelite akan diusahakan oleh penternak individu. Syarikat peneraju akan menjadi pembekal lembu fidlot dan membeli balik lembu untuk sembelihan. Syarikat swasta dipelawa untuk menjadi syarikat peneraju kepada projek fidlot. Kriteria syarikat adalah seperti berikut:-
i. | Syarikat berdaftar di Malaysia sekurang-kurangnya Syarikat Sendirian Berhad, Berhad, Enterprise atau Perkongsian |
ii. | Mempunyai Modal Dibenar sekurang-kurangnya RM 500,000 |
iii. | Mempunyai Modal Berbayar sekurang-kurangnya RM250,000 |
iv. | Berpengalaman dalam bidang penternakan lembu sekurang-kurangnya 3 tahun |
v. | Menggaji tenaga profesional (sekurang-kurangnya 30 % warga tempatan) dalam pengurusan syarikat |
vi. | Sekiranya syarikat usahasama (JV) mestilah dimiliki oleh warga tempatan sebanyak sekurang-kurangnya 51 % |
vii. | Mempunyai pasaran lembu yang kukuh |
viii. | Memenuhi syarat lain yang dikenakan |
EPP 13
11. EPP 13 – Mewujudkan kluster lembu tenusu. Syarikat peneraju diperlukan untuk kluster tenusu yang terdiri daripada sekumpulan penternak dan koperasi yang dipilih memasuki kluster. Peneraju mendapatkan peruntukan dari kerajaan untuk membeli lembu dan peralatan bagi meningkatkan pengeluaran dan mutu susu para penternak di bawah jagaanya. Selain itu Peneraju membeli susu yang dikeluarkan oleh penternak untuk diproses. Peneraju juga menjalankan aktiviti khidmat nasihat kepada penternakan. Kriteria syarikat peneraju dan penternak yang berminat menyertai EPP 13 adalah seperti berikut:-
a. | Syarikat Peneraju | ||
i. | Syarikat berdaftar di Malaysia sekurang-kurangnya Syarikat Sendirian Berhad, | ||
ii. | Mempunyai Modal Dibenar sekurang-kurangnya RM 5,000,000 | ||
iii. | Mempunyai Modal Berbayar sekurang-kurangnya RM2,500,000 | ||
iv. | Berpengalaman dalam bidang penternakan atau perkilangan sekurang kurangnya 3 tahun | ||
v. | Mempunyai kilang memproses susu dengan kapasiti minima 20,000 liter seminggu | ||
vi. | Menggaji tenaga professional (sekurang-kurangnya 30 % warga tempatan) dalam pengurusan syarikat | ||
vii. | Sekiranya syarikat usahasama (JV) mestilah dimiliki oleh warga tempatan sebanyak sekurang-kurangnya 51 % | ||
viii. | Menjadi Ahli koperasi penternak Tenusu | ||
ix. | Bersedia memberi perkhidmatan teknikal kepada peserta cluster | ||
x. | Bersedia membeli balik hasil pengeluaran ladang | ||
xi. | Bersedia membuat kontarak dengan peserta cluster | ||
xii. | Memenuhi syarat lain yang dikenakan (para 13) | ||
b. | Peserta / penternak cluster | ||
i. | Penternak Tenusu adalah warganegara | ||
ii. | Berumur 18 tahun dan ke atas | ||
iii. | Bersedia mengeluarkan modal bagi meningkatkan taraf pengurusan ladang tenusu | ||
iv. | Berdaftar dengan mana-mana Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT)/Pusat Pengumpulan Susu (PPS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar | ||
v. | Menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapat suntikan typhoid dan tetanus | ||
vi. | Penternak sedia memberi sepenuh kerjasama kepada para pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan syarikat peneraju | ||
vii. | Ladang penternak mestilah; | ||
a) | Menghasilkan purata pengeluaran susu sekurang-kurangnya 100 liter sehari | ||
b) | Disahkan bebas daripada penyakit Brucellosis dan Tuberculosis (TB) | ||
c) | Ternakan diberi pelalian Penyakit Kuku dan Mulut (FMD) secara berkala sebagaimana ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan direkodkan oleh pihak Jabatan | ||
d) | Mengamalkan GAHP dan bersedia ke arah persijilan ladang SALT | ||
e) | Sekurang-kurangnya 75% pengeluaran susu mencapai gred A dan AA berdasarkan 4 kali ujian pengredan dalam sebulan oleh PPIT/PPS | ||
f) | Mengamalkan sistem rekod ternakan yang dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar | ||
viii. | Syarat-syarat kelayakan ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa |
Kemaskini pada 2015-11-13 10:34:59 daripada Administrator