Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Lembu Fidlot

Sisa Buang Fidlot

Keperhatinan masyarakat mengenai kualiti alam sekitar adalah amat peka dan merupakan sesuatu yang sensitif. Disamping sistem pemasaran yang kompetitif dan mengamalkan perdagangan bebas, maka pengurusan sisa buangan/kumbahan dari ladang fidlot yang efisen adalah sangat penting.

8.1 Piawaian Air Buangan
 

Air buangan dari kandang fidlot terdiri daripada air cucian kandang dan tahi lembu. Di Malaysia, nyahcas air buangan dikawal di kawal dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 - mengguna pakai Peraturan Kualiti Alam Sekeliling : Effluen, Kumbahan dan Industri, 1979.


Had-had parameter yang termaktub dalam kawalan dan piawaian Akta Kualiti Alam Sekeliling adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 9.

 

Parameter Piawaian A Piawaian B
Suhu, Celsius 40 40
PH 6.0-9.0 5.5-9.0
BOD (Permintaan oksigen biokimia) 20 mg/L 50 mg/L
Suspended solids (Pepejal terapung) 50 mg/L 100 mg/L
Oil and grease Not detected 10 mg/L
COD (Permintaan oksigen kimia) 50 mg/L  

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota : 
Piawaian A - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di dalam kawasan tadahan
Piawaian B - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di luar kawasan tadahan

 

8.2 Ciri-Ciri Sisa Buangan Fidlot

i. Ciri-Ciri Tahi Lembu
 

Kandungan tahi lembu bergantung kepada kandungan bahan makanan yang telah diberi. Walau bagaimanapun, pada umumnya ciri-ciri tahi lembu fidlot adalah sepertimana ditunjukkan dalam jadual 10

Jadual 10 menunjukan ciri-ciri tahi lembu

 

Total solids, % 3-6
Total volatile solids, % TS 80-90
Total Kjeldahl nitrogen, % 2-4
Cellulose, % 15-20
Lignin, % 5-10
Hemicellullose, % 20-25

 

 

 

 

 

 

 

ii.Ciri-Ciri Air Buangan
Air buangan terbentuk daripada air kencing dan air cucian najis/tahi lembu dari kandang fidlot. Setengah bahan terlarut dalam air dan apa yang dikeluarkan ialah "slurry".

Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan yang biasa dihasilkan oleh ladang ternakan lembu fidlot. Jika dibandingkan dengan piawaian yang terkandung dalam Jadual 9 di atas, potensi pencemaran air buangan adalah sangat tinggi.

Jadual 11 menunjukan ciri-ciri air buangan ladang fidlot

Total solids, % 3-6
BOD, mg/L 5000-9000
COD, mg/L 3000-6000
Total Kjeldahl nitrogen, mg/L 2000-3000
Ammoniacal nitrogen, mg/L 500

 

 

 

 

 

 

 

8.3 Pengolahan Sisa Buangan
Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal" atau "air buangan". Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air yang digunakan adalah minimum. Objektif utamanya adalah untuk menstabilkan najis supaya boleh digunakan (contoh sebagai baja tanaman) tanpa risiko kesihatan/penyakit.

Apabila air buangan atau "slurry" telah terbentuk kerana pencairan, maka cara pengolahan air pula diperlukan untuk mengurangkan potensi pencemaran disungai atau saliran.

i. Pembuatan Kompos

Di ladang ternakan yang mempunyai sistem untuk mengumpulkan najis, pembuatan kompos boleh dilakukan sebagai satu cara untuk mengawal pencemaran.

Proses kompos melibatkan aktiviti mengurai bahan organik secara aerobik dan termofilik sehingga terdapat humus yang agak stabil. Suhu kompos yang tinggi akan memusnahkan organisma patogen, benih rumput dan juga larva serangga.

Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian yang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman menyerap nutrien yang telah dipertingkatkan. Nutrien akan diserap ke dalam akar tumbuhan secara perlahan jika dibandingkan dengan baja kimia yang mudah dilarut lesap.

Di samping itu, baja kompos juga boleh memperbaiki keadaan tanah yang berpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepada akar tanaman. Pengairan didalam tanah juga boleh diperbaiki supaya air tidak bertakung.

Satu cara yang mudah untuk membuat kompos daripada najis yang berbentuk pepejal ialah dengan mengumpulkan najis supaya menjadikan satu longgokan yang berukuran 1.5 m tinggi, 2m lebar dan, 2m panjang. Proses pembentukan kompos dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasuklah kand.ungan lembapan, pengudaraan dan nisbah karbon nitrogen. Kandungan lembapan yang sesuai untuk pembuatan kompos ialah antara 40% dan 60%. Jika bahan mentah terlalu kering, air boleh disiramkan. Jika terlalu basah pula, keadaan anaerobik akan terjadi.

Untuk mengetahui samada kandungan lembapan mencukupi atau tidak ialah dengan meramaskan bahan tersebut dengan tangan. Jika bahan kompos melekat pada tangan, kandungan lembapan boleh dikatakan terlalu tinggi. Sekiranya bahan itu peroi, ini menunjukkan bahawa kandungan air sudah mencukupi. Pengudaraan diperlukan untuk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma aerobik. Pengudaraan boleh dilakukan dengan membalikkan longgokan atau menggunakan kaedah mekanikal.

 

Pada minggu yang pertama dan kedua, kompos perlu dibalikkan setiap tiga hari sekali. Ini adalah kerana suhu yang tinggi boleh menurunkan kuantiti oksigen yang terdapat dalam longgokan tersebut. Pembalikan selanjutnya dibuat hanya seminggu sekali hingga kompos menjadi matang. Kompos akan matang dalam tempoh 40 - 60 hari jika keadaan sesuai.

Pengudaraan secara mekanikal boleh menyingkatkan masa yang diperlukan kepada 2-3 minggu. Pengudaraan secara mekanikal boleh dilakukan dengan mengepamkan udara ke dalam longgokan atau menggunakan jentera untuk membalikkan longgokan.

 

Paparan: 1  2  3  


Kemaskini pada 2015-11-03 11:36:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page