Sisa Buang Fidlot
vi. Sistem Bersepadu
Kawalan pencemaran di sesuatu ladang ternakan tidaklah terhad kepada satu cara pengolahan sahaja. Sistem bersepadu yang merangkumi beberapa kaedah adalah digalakkan.
Prinsip yang harus diamalkan ialah dengan menganggap najis/tahi ternakan sebagai bahan mentah sekunder dan menggunakan sumber-sumber lain yang terdapat di ladang ternakan secara maksimum.
Satu contoh sistem bersepadu ialah sebagaimana yang ada diamalkan di Filipina. Di ladang tersebut, najis ternakan digunakan untuk pengeluaran biogas yang digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu, pam, alat-alat pembancuh dan penghancur di kilang makanan, dan juga alatpembakar. Selepas pencernaan anaerobik, sistem lagun digunakan dan beberapa jenis Ikan dipelihara. Enapcemar yang terdapat selepas itu digunakan sebagai baja untuk tanaman. Sebahagian daripada enapcemar juga digunakan sebagai bahan makanan.
vii. Pengeringan
Pengeringan ialah pembuangan air yang terdapat pada najis untuk menghalang aktiviti mikrob supaya menghasilkan bahan sampingan (berbentuk baja atau humus) yang stabil dan berisipadu rendah. Kos input bagi kaedah in] adalah tinggi kerana tenaga (bahan bakar) yang banyak diperlukan untuk menurunkan kelembapan daripada najis.Untuk menghasilkan satu kilogram najis kering daripada najis/tahi lembu, pembuangan air sebanyak 54.2 liter dikehendaki, ini tidak termasuk air basuhan.
Pengeringan boleh dilakukan dalam tanur pengering. Berbagai-bagai jenis alat pengeringan tersebut boleh didapati dalam pasaran. Walau bagaimanapun, oleh sebab kos modal yang sangat tinggi penggunaan cara ini adalah kurang ekonomik, kecuali sekiranya ladang fidlot diusahakan secara komersial (besar-besaran) dan hasil baja dapat dijual dengan harga yang agak tinggi.
Untuk menghasilkan satu kilogram najis kering daripada najis/tahi lembu, pembuangan air sebanyak 54.2 liter dikehendaki, ini tidak termasuk air basuhan.

viii. Penunuan
Penunuan atau insinerasi ialah proses pembakaran najis sehingga bahan organik yang asal dijadikan gas-gas dan abu. Cara ini tidak memerlukan kawasan yang besar, tetapi mempunyai dua kelemahan.
Pertama, kos modal yang amat tinggi dan kedua, tidak ada peluang untuk menghasilkan bahan sampingan (baja atau humus). Kaedah penunuan hanya boleh dipertimbangkan apabila kaedah-kaedah lain tidak dapat diamalkan secara praktikal.

8.4 Penggunaan Enapcemar
Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan najis biasanya digunakan untuk salah satu daripada kegunaan berikut :
a. Penggunaan tanaman: sebagai baja atau pengkondisi tanah dan juga pembuatan "potting mixture".
b. Pemulihan tanah: enapcemar digunakan untuk menambah bahan organik kepada tanah seperti tanah lombong.
c. Ditaburkan di kawasan hutan.
d. Pemeliharaan ikan: digunakan dalam kolam ikan sebagai baja untuk alga.
Kemaskini pada 2015-11-03 11:38:31 daripada Administrator