Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Soalan Lazim - Peternakan Tenusu

BAGAIMANA PULA DARI SEGI PEMERAHAN SUSU ?

Terdapat dua cara pemerahan susu di jalankan.

Pertama - menggunakan tangan.

Ianya memerlukan tenaga dan kemahiran pemerahan yang betul. Tiga perkara penting perlu diperhatikan dalam pemerahan menggunakan tangan.

  • Cara pemerahan yang haigenik tangan bersih, puting susu yang bersih, susu diperah ke dalam bekas yang bersih
  • Perahlah secepat yang mungkin
  • Sususan jari yang betul di kala memerah dapat mengelak puting susu dari terluka Kedua - menggunakan mesin.

    Ia memerlukan modal pokok tambahan. Memandangkan ianya melibatkan kos tambahan penggunaannya adalah digalakkan bila bilangan lembu mengeluar susu telah meningkat tidak kurang dari 10 ekor.

MENGAPA PENGLIBATAN SECARA KOMERSIAL ITU PENTING ?

Peternakan tenusu harus menjadi bidang kerja yang menguntungkan. Penglibatan secara kecilan dan sambilan tidak memberikan pendapatan yang memuaskan.

Bilangan lembu ibu menyusu bagi penternak komersial adalah tidak kurang dari 10 ekor. Untung bersih bagi seekor lembu tenusu yang diurus dengan sempurna adalah dianggarkan sebanyak $40.00 sebulan. Dengan 10 ekor lembu pendapatan bulanan adalah dianggarkan berjumiah $400.00.

Kerajaan sedang menggalakkan penternak menjadi penternak komersial selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN).

ADAKAH PERLU REKOD TERNAKAN DICATAT ?

Ya. Perlu.

Kerana hanya dengan membuat catatan sahaja penternak dapat mengetahui kedudukan ladangnya.

Perkara penting yang perlu dicatatkan termasuklah:

  • Perlakuan yang berlaku kepada lembu
  • Pengeluaran susu
  • Perbelanjaan

APAKAH SISTEM PEREKODAN BARU PETERNAKAN TENUSU ?

Program perekodan berkomputer peternakan tenusu - BANKDATA TENUSU.

Program ini mementingkan perhatian kepada setiap individu lembu ibu, penternak perlu merekod perlakuan lembu seperti beranak, suntikan, keluaran susu dan pemeriksaan kebuntingan ke dalam buku catatan. Data ini kemudiannya diproses menggunakan komputer. Maklumat darinya dalam bentuk laporan dan senarai tindakan tersedia untuk dimunafaatkan dan dapat meningkatkan mutu khidmat agen pengembangan Jabatan.

APAKAH PENYAKIT YANG BIASA MENJADI MASALAH PETERNAKAN DAN MENGURANGKAN DAYA PENGELUARAN LEMBU ?

Mastitis - jangkitan labu susu. Tidak subur dan panjang jarak beranak.

Mastitis disebabkan oleh kuman yang menyerang labu susu akibat pemerahan yang tidak betul dan tidak higenik. Hubungilah PPS berdekatan bila mengesyaki susu rosak atau tidak normal.

Lembu tidak subur sebahagian besarnya disebabkan tidak cukup makan. Penternak perlu ingat jika makanan tidak mencukupi yang pertama terjejas ialah tahap kesuburannya. Lembu akan menghadapi masalah untuk dibuntingkan.

BAGAIMANA PRODUKTIVITI LEMBU DAN LADANG DAPAT DlTlNGKATKAN ?

Produktiviti dapat ditingkatkan dengan:

 

Paparan: 1  2  3  4  5  6  


Kemaskini pada 2015-10-30 16:59:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page