APAKAH CIRl-CIRI KANDANG YANG BAIK ?
BAGAIMANA PULA DENGAN LEMBU ? Lembu tenusu yang sesuai adalah jenis kacukan Friesian Sahiwal. Ianya juga dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL Lembu-lembu ini boleh didapati menerusi Jabatan Perkhidmatan Haiwan, dengan harga $1100.00 seekor. Penternak boleh juga mendapatkan sendiri menerusi lain-lain penternak yang ingin menjual lembunya mengikut harga pasaran semasa. APAKAH SISTEM PENGURUSAN YANG BOLEH DIPRAKTISKAN ?
APAKAH KERJA HARIAN PENTERNAK TENUSU ITU ? Di antara kerja-kerja harian penternak tenusu itu, termasuklah:
MENGAPA MAKANAN YANG MENCUKUPI DAN BERMUTU ITU PENTING ? Lembu tenusu memerlukan makanan yang banyak. Ia memerlukan rumput segar seberat 10% dari berat badannya. Untuk berat badan 400 Kg kira-kira 40 Kg (2 guni) rumput adalah diperlukan. Di samping itu ia juga memerlukan makanan tambahan untuk membolehkan ianya mengeluarkan susu dengan memuaskan. Sebagai panduan, dedak diperlukan adalah sebanyak 1 Kg bagi setiap 2 Kg susu yang dihasilkan dalam sehari. Secara kasar lembu perlukan makanan untuk sara-hidup, pengeluaran (susu atau daging) dan juga untuk membiak. Bila bekalan makanan tidak mencukupi lembu pertamanya akan mengalami masalah membiak, kemudian rendah pengeluaran susu dan seterusnya menjadi kurus dan tersiksa. MENGAPA LEMBU TENUSU PERLU DIBIAKKAN ? Lembu tenusu perlu membiak dan beranak sebelum ianya mengeluarkan susu. Kelewatan lembu beranak semula menyebabkan jangka masa kering yang panjang dan akan menjejas sumber hasil usaha peternakan. Untuk mempastikan lembu anda dapat membiak dengan sempurna sila tentukan permakanan yang cukup dan lembu tersebut dikahwinkan atau disuntik secepat mungkin selepas beranak. ADAKAH PENGESANAN BERAHI (TANDA BIANG) ITU PENTING ? Ya. Amat penting. Lembu-lembu hanya akan kahwin atau boleh disuntik bila berahi. Pusingan berahi pada keadaan normal akan memakan masa 3 minggu. Kelalaian dalam mengesan berahi ini akan menyebaLkan lembu lewat dikahwinkan, anak berikutnya lewat diperolehi dan laktasi seterusnya lambat bermula. Ini adalah merugikan.
|
Kemaskini pada 2015-10-30 16:59:51 daripada Administrator