Saturday, 17 August, 2019   6:32 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta
Laman

Soalan Lazim - Peternakan Tenusu

BAGAIMANA MENJADI PENTERNAK TENUSU ?

Untuk menjadi penternak tenusu yang berjaya, bakal penternak perlu memiliki empat perkara utama berikut;

Jika anda mempunyai sifat-sifat tersebut peternakan tenusu adalah merupakan bidang kerja yang boleh diceburi.

Petam yang berminat perlu mendaftar diri dan mengisi borang kursus tenusu asas di Pusat-Pusat Pengumpulan Susu yang berdekatan. Kursus asas dalam penjagaan lembu dan pemerahan susu akan diberikan, ianya memakan masa dua minggu. Setamatnya kursus ini anda boleh mengemukakan permohonan pinjaman bank (jika anda tidak memiliki modal) untuk memulakan alam peternakan tenusu.

Modal pokok bagi membangunkan usaha peternakan tenusu dengan 5 ekor lembu ibu adalah dianggarkan menelan sebanyak $7,000.00. lanya termasuk kos pembelian lembu, mendirikan kandang dan pembelian beberapa alat perlu.

  • Minat kepada peternakan tenusu, kesungguhan dan daya usaha berterusan
  • Sumber makanan ternakan yang terjamin atau memiliki tanah yang boleh dimajukan dengan rumput bermutu
  • Pengetahuan dan modal pokok untuk memulakan usaha
  • Kawasan untuk mendirikan kandang

ADAKAH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN MEMPUNYAI PROGRAM KHAS BAGI MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN PETERNAKAN TENUSU ?

Ya. Ada.

Program Pembangunan Perusahan Tenusu telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan sejak tahun 1974 dengan objektif untuk meningkatkan pengeluaran susu dalam negara dan menambahkan pendapatan petani menerusi usaha tenusu. Dalam program ini rangkaian Pusat-Pusat Pengumpulan Susu (PPS) telah didirikan di seluruh Semenanjung. Empat puluh (40) buah PPS ini (rajah 1 ) sedia memberikan khidmat kepada para penternak di sekitar nya.

Setiap PPS dilengkapkan dengan kemudahan pengumpulan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan susu. Terdapat juga pusat-pusat yang di lengkapkan dengan peralatan pemprosesan susu. Di samping kemudahan ini PPS juga mempunyai kakitangan mahir yang sedia membantu penternak dalam usaha peternakan tenusu.

APAKAH PERANAN PUSAT PENGUMPULAN SUSU ?

Di samping mengumpul susu keluaran penternak PPS juga membantu penternak dengan memberi khidmat-khidmat berikut;

  • Permainan beradas dan pembiakbakaan
  • Bekalan makanan ternakan dan pembangunan pastura
  • Pengembangan dan bimbingan penternak
  • Pembekalan lembu kacukan bermutu
  • Urusan kredit bekalan input tenusu
  • Urusan peminjaman bank oleh penternak
  • Perl indungan ternakan
  • Kawalan mutu, pengendalian dan penyimpanan susu
  • Pengangkutan susu dari penternak dan ke kilang pemproses
  • Pemprosesan susu dan bahan susu
  • Pemasaran susu
  • Perekodan peternakan
  • Akaun amanah dan urusan kewangan dan pembayaran hasil kepada penternak

BAGAIMANA MENUBUHKAN SEBUAH LADANG TENUSU ?

Sebelum penternak membangunkan sebuah ladang tenusu perkara-perkara berikut perlulah dipertimbangkan dahulu;

Selepas anda menganalisa soalan ini dan mendapati tempat yang anda cadangkan berhampiran dengan PPS, dekat dengan sumber makanan, terdapat sumber air yang berhampiran dan ianya tidak akan mengganggu jiran bersebelahan barulah anda boleh membangunkan projek tenusu.

Apabila anda telah memahami kerja-kerja seorang penternak tenusu menerusi kursus tenusu yang dihadiri ataupun melawat dan meneliti penternak yang berjaya perkara berikut perlu dijalankan;

  • Adakah tempat cadangan termasuk di dalam kawasan liputan PPS
  • Dapatkah sumber makanan seperti rumput dibekalkan ke tempat cadangan
  • Apakah kemudahan bekalan air berdekatan
  • Adakah projek akan mengganggu jiran tetangga
  • Mendirikan kandang lembu
  • Membeli lembu
  • Menyediakan atau mengenal pasti sumber makanan ternakan

KURSUS ADAKAH JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN MENYEDIAKAN KURSUS ?

Kursus tenusu disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Terdapat dua jenis kursus yang ditawarkan kepada penternak;

Ini adalah kursus lanjutan yang menitikberatkan pengurusan secara komersial. Ianya memakan masa satu minggu, juga ditanggung oleh Jabatan sepenuhnya.

  • Kursus Pemerah Susu
    Kursus asas ini menekankan praktik pengurusan dan pemerahan susu. Ianya memakan masa 2 minggu dan semua biaya adalah ditanggung oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan
  • Kursus Tenusu Komersial

 

Paparan: 1  2  3  4  5  6  


Kemaskini pada 2015-10-30 16:59:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page