Sukacita dimaklumkan bahawa Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan mengadakan urusan pemangkuan bagi jawatan-jawatan dari kumpulan pelaksana iaitu seperti berikut :
Maklumat Kekosongan dan senarai borang yang diperlukan bagi urusan permohonan pengisian kekosongan jawatan kenaikan pangkat (pemangkuan) Skim Gunasama/Bukan Gunasama Kumpulan Pelaksana Bilangan 1 Tahun 2024 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar boleh didapati melalui imbasan kod QR seperti berikut :
Sehubungan itu, semua warga kerja Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan yang berkelayakan. Bersama-sama ini disertakan iklan pemangkuan dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi beserta borang-borang yang perlu dilampirkan bersama-sama permohonan yang perlu dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya pada 5 Mac 2024 (Selasa) melalui Bahagian masing-masing ke alamat berikut :
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Blok Podium, Lot 4G1
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Ketirah Hank)
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses. Sebarang pertanyaan berhubung dengan urusan pemangkuan ini boleh diajukan terus kepada urus setia berikut :
Sukacita diingatkan bahawa senarai kekosongan
Sehubungan dengan itu, pegawai yang berjaya dalam urusan pemangkuan ini berkemungkinan akan ditempatkan di penempatan yang bersesuaian dengan gred jawatan yang dipangku. Oleh hal yang demikian, pemohon adalah dikehendaki bersedia untuk ditempatkan di mana-mana penempatan sekiranya diluluskan pemangkuan. Untuk makluman, penempatan sebenar pemohon adalah tertakluk kepada pertimbangan akhir Jabatan ini demi kepentingan perkhidmatan secara keseluruhannya.
SENARAI DOKUMEN BAGI PENGIKLANAN SEMULA PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PELAKSANA BILANGAN 1 TAHUN 2024