Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Latihan Dan Kursus

Latihan Penternakan Untuk Awam

Cara Memohon Kursus:- 
 
  • Kemukakan Borang kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah yang bersesuaian dengan lokasi ladang berserta satu salinan Kad Pengenalan.
  • Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah akan membuat pengesahan borang dan memajukan permohonan kepada institut latihan berkenaan satu (1) bulan sebelum tarikh kursus bermula.
  • Pemohon juga boleh memajukan borang permohonan yang telah disahkan kepada institut latihan yang berkenaan secara individual.
  • Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui surat sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh kursus bermula.
  • Muat turun Borang Permohonan Kursus Penternakan LPK (1/01) (PDF 35.35KB) dan isikan maklumat.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Institut Latihan atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berkenaan.
     
  • Takwim Latihan Golongan Sasar DVS bagi tahun 2025 image 

 

Sekiranya terdapat pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah diajukan kepada pegawai di talian 03-8870 2206/2195/2197/2145/1343

Latihan untuk Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

1. Permohonan Latihan untuk Kakitangan Jabatan Perkhidmatan VeterinarCara Memohon Kursus:- 
 
 
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan: 

 

  Seksyen Pengurusan Latihan
 
 Bahagian Pembangunan Modal Insan,
 
 Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani,
 
  Aras 2, Blok Podium 4G1, Presint 4,
 
  62630 Putrajaya
 
  No. Tel : 03-8870 2206/1343/2195/2197/2145
 
  No. Fax : 03-88884267    E-mel : spl@dvs.gov.my

 

2. Permohonan Latihan Ke Luar Negara

 

  

 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan: 

 

  Seksyen Pembangunan Kompetensi,
 
 Bahagian Pembangunan Modal Insan,
 
 Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani,
 
 Aras 2, Blok Podium 4G1, Presint 4,
 
 62630 Putrajaya
 
 No. Tel : 03-88702206/2191
  
No. Fax : 03-88884267

Program Sijil Veterinar Malaysia (SVM)

PROGRAM SIJIL VETERINAR MALAYSIA (SVM)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf kelayakan Sijil Veterinar yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004 sebagai setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Tempat latihan dan kemudahan bagi pelaksanaan Sijil Veterinar Malaysia adalah bertempat di Institut Veterinar Malaysia, Kluang Johor. Sesi pengambilan adalah Julai setiap tahun dan mengambil masa selama 2 tahun dan adalah pengajian sepenuh masa. 

Sila rujuk syarat kelayakan permohonan Program SVM di pautan berikut;-

 

Cara permohonan adalah:-

  1. Untuk orang awam (lepasan sijil SPM), permohonan adalah secara atas talian di portal UP_TVET di https://mohon.tvet.gov.my/main/flexi.

  2.  Lepasan SPMV (Agroindustri Ternakan Ruminan / Agroindustri Poltri) /SKM Ruminan Tahap 3/SKM Poltri Tahap 3, permohonan adalah secara atas talian di portal UP_TVET di https://mohon.tvet.gov.my/main/flexi.

    Langkah-langkah permohonan UPTVET.png
     

  3. Manakala bagi Kakitangan Jabatan, muat turun BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (PROGRAM SIJIL VETERINAR MALAYSIA) JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada;-

Pengarah

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar,

Aras 2, Lot 4G1, Blok Podium, Wisma Tani,

No.28 Persiaran Perdana,

Presint 4, Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62624 Putrajaya

 

Sekiranya terdapat pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah diajukan kepada pegawai di talian 03-8870 2206/1343/2195/2145 atau e-melkan ke spl@dvs.gov.my 

 

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang pertanian (ternakan atau poltri) merupakan platform utama pembangunan tenaga kerja mahir yang dilaksanakan secara berstruktur melalui Program Persijilan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) yang diterajui oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Program ini berperanan memperkukuh tadbir urus pelaksanaan latihan kemahiran pertanian melalui penyeragaman dan pematuhan standard selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002, berteraskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (SKPK/NOSS) dengan pendekatan latihan berasaskan kompetensi yang memfokuskan kepada aplikasi praktikal dan keperluan industri. Antara bidang ternakan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

 

i) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Ternakan Ruminan (Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor)

  •  Tahap 2 (Sijil) - 12 bulan 
  • Tahap 3 (Sijil) - 12 bulan (termasuk 3 bulan Latihan Industri)

 

ii) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Ternakan Poltri (Institut Teknologi Unggas, Melaka)

  • Tahap 3 (Sijil) - 24 bulan (termasuk 3 bulan Latihan Industri)

 

Program ini diuruskan sepenuhnya oleh;-

 Untuk maklumat lanjut berkenaan kursus SKM Bidang Ternakan Ruminan / Ternakan Poltri (bawah program PLKPK) , sila klik di sini, permohonan adalah secara atas talian.
 

 

Modul Latihan

MODUL KURSUS PEMBANGUNAN KOMPETENSI PEMBANTU VETERINAR

MODUL KURSUS INDUKSI PEGAWAI VETERINAR LANTIKAN BAHARU

MODUL KURSUS INDUKSI PENOLONG PEGAWAI VETERINAR LANTIKAN BAHARU

Latihan Industri (LI)

TATACARA PERMOHONAN MENJALANKAN LATIHAN INDUSTRI (LI) DI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (DVS)

 

Pemohon perlu mengemukakan dokumen yang lengkap dan mengikut prosedur Jabatan ini bagi memudahkan pihak DVS untuk membuat pertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar. Dokumen tersebut seperti berikut:  

1) Surat Permohonan Menjalani Latihan Industri daripada pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mengandungi 

  1. Maklumat pelajar, 

  2. Tahun dan semester pengajian yang sedang diduduki, 

  3. Tempat latihan industri yang ingin dimohon, 

  4. Tarikh dan tempoh LI 

  5. Objektif serta jangkaan/harapan latihan industri yang dinyatakan secara terperinci 

     

2) Resume pelajar berserta dengan gambar berukuran pasport terkini (mengandungi maklumat No. Kad Pengenalan dan Kad Matrik);

3) Salinan transkrip (Rekod Akademik Pelajar).

Sila kemukakan dokumen permohonan yang lengkap melalui pos/emel/faks sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh mula menjalani latihan industri ke alamat seperti berikut:
 

Pengarah 
Bahagian Pembangunan Modal Insan,

Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani,
Aras 2, Podium 1A, Blok 4G, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62630 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8870 2000
Faks: 03- 8888 4267
 

Emel: spl@dvs.gov.my 

 

Dimaklumkan bahawa, pihak DVS tidak menyediakan elaun dan makan minum kepada pelajar. Manakala penginapan tertakluk kepada lokasi Pusat Latihan Industri DVS yang dipohon. Pihak DVS akan menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap dan tidak menepati syarat.
 

Latihan Sambil Kerja (LSK) / Latihan Peralihan Tentera (LPT)

PERMOHONAN MENJALANKAN LATIHAN SAMBIL KERJA (LSK) / LATIHAN PERALIHAN TENTERA (LPT) DI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (DVS)     

 

Pemohon perlu mengemukakan dokumen mengikut prosedur Jabatan ini bagi memudahkan pihak DVS untuk membuat pertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang yang ingin diceburi. Dokumen tersebut seperti berikut;-   

 

  1. Surat permohonan menjalani latihan - perlulah mengandungi maklumat pegawai tentera, penempatan tentera, tempat latihan, tempoh dan tarikh latihan, dan objektif serta harapan dari latihan yang akan dijalani 
  2. Surat sokongan/penempatan LPT daripada Markas/Formasi  
  3. Salinan Kad Pengenalan / Salinan Kad Tentera 
  4. Surat kelulusan dari Ibu Pejabat PERHEBAT Sg. Buloh

     

 Dimaklumkan bahawa, pihak DVS tidak menyediakan elaun, penginapan dan makan minum sepanjang latihan.  Sekiranya terdapat pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah diajukan kepada pegawai di talian 03-8870 2206/1343/2195/2145 atau e-melkan ke spl@dvs.gov.my 

 

 

 


Kemaskini pada 2025-06-18 15:17:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page