
Ahli Jawatankuasa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi sesi 2024/2026 telah ditubuhkan yang bertujuan untuk menjadi platform perkongsian idea serta input pengetahuan, penerapan nilai-nilai murni kepada ahli AKRAB dan rakan sekerja di organisasi, medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan, sesebuah organisasi serta platform bimbingan sokongan kepada rakan berteraskan asas kaunseling.