PENGENALAN

Persatuan ini dinamakan Kelab Sukan Dan Kebajikan Veterinar Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya (KESUVET). Ditubuhkan di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia, Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan di daftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 07 November 1984. Nombor Sijil Pendaftaran kelab ini ialah 64/84 (Wilayah Persekutuan). Alamat rasmi surat menyurat KESUVET ialah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Wisma Tani, Blok Podium 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya.
Logo Kelab ini ialah 'V' yang dibentuk dari susunan lapan (8) pecahan. Empat (4) berwarna merah, tiga (3) pecahan berwarna biru dan satu (1) berwarna kuning. Manakala Moto Kelab ini ialah " Maju Sukan Maju Jabatan"
Objektif utama Kelab ini ditubuhkan ialah untuk;
- Menyatupadukan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
- Mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli kelab lain melalui aktiviti yang serupa.
- Meningkatkan mutu sukan Jabatan.
- Menjalankan aktiviti sukan dan kebajikan sosial yang boleh memberikan faedah kepada ahli dan Kelab termasuk mengumpul wang (Fund Raising).
Ahli-Ahli Jawatankuasa KESUVET Sesi 2017 adalah seperti berikut:-
Nama | Jawatan |
Y.H Dato’ Dr Muhammad Safaruddin Bin Md Dawam | Pengerusi |
En. Zulkefle Bin Ahmad | Timbalan Pengerusi |
En. Zawawi Bin Ibrahim | Setiausaha |
En. Jamanuri Bin Othman | Penolong Setiausaha/ |
En. Shaiful Idham Bin Md. Daud | Bendahari |
Cik Nor Munirah Bt Che Othman | AJK/Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi |
En. Syamsul Syawal Bin Ismail | AJK/Pengerusi Biro Sukan |
En. Tuan Anuar Sulzi Bin Tuan Abdullah | AJK/Pengerusi Biro Kebudayaan & Rekreasi |
En. Eddy Afandy Bin Abdullah | AJK/Pengerusi Biro Ekonomi |
En. Mohd. Khairul Muzammil Bin Abd. Rahim | AJK/Pengerusi Biro Agama & Kebajikan |
Pn. Noorziha Bt Ali | AJK/Penolong Bendahari |
En. Wan Mohd Raffiq Bin Wan Ahmad Bashir | AJK/Tugas-Tugas Khas |
Pn. Zanariah Bt Mohd Noor | AJK/Tugas-Tugas Khas |
Tarikh Kemaskini 1 Ogos 2017
Kemaskini pada 2017-10-20 11:30:06 daripada Administrator