Pengurusan gerompok merupakan asas kepada perladangan PINTAR.Dayamaju bidangusaha dan keberkesanan sistem, bergantung kepada kecekapan pengurusan setiap gerompok. Pengurusan gerompok yang cekap dan sempurna mewujudkan suasana stabil dan harmoni dengan pengurusan ladang kelapa sawit itu sendiri.
5.1 Pengurusan Gerompok Tertutup
Definisi "Gerompok tertutup" adalah satu keadaan dimana sesuatu kumpulan ternakan tidak bercampur dengan mana-mana ternakan daripada luar, samada secara semulajadi atau dilakukan secara tidak terkawal oleh pengusaha.
Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan status gerompok tertutup adalah seperti berikut :-
- Amalan ini dilaksanakan selepas jumlah bilangan induk dipenuhi.
- Tiada pergerakan ternakan lain keluar masuk, berhampiran dan bersentuhan secara langsung dengan gerompok.
- Induk gantian dipilih daripada gerompok yang sama.
- Kemasukan baka-baka gantian daripada sumber luar mengikut protokol perolehan ternakan.
5.1.1 Pengurusan Pusingan Ragutan
Pusingan ragutan perlu diuruskan dengan baik untuk mengekalkan norma-norma perladangan dan menjamin sumber bekalan makanan mencukupi serta berkekalan. Aktiviti pengurusan pusingan ragutan adalah seperti berikut ;-
-
100 ekor induk boleh meragut di kawasan seluas 5 hektar selama 1 hari (kebiasaannya).Sesuatu pusingan ragutan lengkap selama 80- 90 hari.
-
Ternakan mesti dipindahkan ke petak berikutnya apabila ketinggian rumpai kirakira 6 inci selepas diragut.
-
Selepas ternakan dipindahkan, pengembala memeriksa kawasan yang telah diragut untuk memastikan tiada ternakan yang tertinggal dan membersihkan rumpai yang tidak diragut.
-
Bekalan air bersih dan bata garam sentiasa mencukupi. Kerja-kerja penyelenggaraan ladang, dilaksanakan selepas petak ragutan ditinggalkan tidak kurang dari 5 hari.
- Contoh rajah pusingan petak ragutan
5.1.2 Pengurusan Pembiakbakaan
Matlamat pembiakbakaan ialah untuk menghasilkan seekor anak yang sihat daripada setiap ekor induk dalam tempoh 365 hari.
5.1.2.1 Pengurusan baka pejantan
- Setiap ekor baka jantan yang dibeli berumur tidak kurang dari 3 tahun dan mempunyai ciri-ciri libido yang tinggi.
- Setiap baka pejantan hendaklah lulus ujian dayabiak (B.S.E) yang dilakukan oleh JPH sekali setahun.
- Setiap ekor baka pejantan yang tidak produktif, garang dan tidak dapat dikawal perlu diasingsingkir.
5.1.2.2 Pengurusan pembiakan dan pembakaan
- Nisbah baka pejantan dengan induk betina ialah 1 : 15 atau 20.
- Lembu baka pejantan hendaklah ditukar setiap 3 tahun sekali.
- Apabila berlaku keguguran hubungi Pegawai Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya. Fetus dan sisa cairan dari keguguran perlu ditanam sedalam 3 kaki dan disucihama dengan menggunakan kapur
- Induk yang gagal melahirkan anak yang sihat seekor setahun dan yang kurang memiliki sifat keibuan perlu ditakai.
5.1.3 Pengurusan Kesihatan Gerompok
Pengurusan kesihatan gerompok merangkumi segala aktiviti pencegahan penyakit berjangkit (boleh mengurangkan produktiviti ternakan ) yang dirangka oleh pihak Jabatan atau Pegawai Veterinar yang bertauliah.
- Patuhi dan laksanakan segala aktiviti pencegahan penyakit yang termaktub di dalam protokol kesihatan gerompok.
- Ternakan yang sakit hendaklah diasingkan segera dan dirawat secara berasingan.
- Program pemberian ubatan berdasarkan kepada keperluan dan keadaan tertentu (contoh. ubat cacing, nyah kutu dan pemberian antibiotik)
- Tempoh luput antibiotik dan ubatan lain mengikut garis panduan pengeluar.
- Sebarang kematian lembu mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa veterinar terdekat dan bedah siasat dilakukan dengan sempurna. Bangkai mesti dilupuskan dengan cara menanam sekurang-kurangnya dengan kedalaman 7 kaki.
- Penggunaan ubatan hanya yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai yang bertauliah.
- Sebarang kejadian wabak penyakit mestilah dilaporkan kepada Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran dalam tempoh 24 jam daripada tanda-tanda penyakit yang dikesan.
5.1.4 Pengurusan Anak Lembu
- Anak lembu yang baru lahir mestilah diperiksa bagi memastikan ianya tidak cedera atau cacat semasa kelahiran.
- Anak lembu mesti mendapat susu awal (kolostrum) dalam tempoh 4 jam pertama selepas kelahiran.
- Berikan pengenalan tetap pada setiap ekor anak lembu yang berumur satu minggu.
- Timbang setiap ekor anak lembu yang barulahir dan setiap enam bulan sekali.
- Anak lembu yang sakit dan tidak ekonomik dirawat , bantut serta cacat mestilah diasingsingkir.
Asingkan anak lembu mengikut jantina kepadok yang berasingan selepas cerai susu .
5.1.5 Pengurusan Lembu Dara dan Jantan Jaras
- Pohon bantuan khidmat kepaka ran Jabatan Haiwan bagi memilih lembu dara untuk dijadikan sebagai pengganti induk apabila berumur 18 bulan.
- Lembu dara yang terpilih tidak dijual.
- Pohon kepakaran jabatan untuk memilih lembu jantan muda bagi tujuan baka pejantan.
- Lembu jantan jaras yang terpilih sebagai baka pejantan perlu diurus dengan baik.
- Lembu jantan jaras yang tidak terpilih diasingkan dan digemukkan secara "green-lot" atau dijual.
- Pastikan lembu jantan jaras (muda) ini tidak menceroboh masuk ke dalam kumpulan lembu dewasa.
- Bagi jualan agigah dan korban, is perlu dimasukkan dalam kandang fidlot satu hingga dua bulan sebelum jualan dan diberi makan PKC.
5.1.6 Pengurusan Data dan Rekod
Merekod adalah satu kaedah yang perlu diamalkan untuk menganalisa prestasi pengurusan ternakan . Rekod mesti disimpan dan diselenggara dengan teratur. Rekod yang perlu adalah seperti berikut :-
- Rekod Kelahiran mempastikan setiap induk melahirkan anak dalam tempoh setahun.
- Rekod Kematian - mencatat kematian dan puncanya.
- Rekod Ragutan Pusingan -mempastikan setiap padok digunapakai mengikut jadual yang ditetapkan.
- Rekod Timbangan - Mempastikan prestasi ternakan dapat diketahui melalui kenaikan berat badannva.
- Rekod Jualan - mempastikan prestasi bidangusaha dapat memberikan keuntungan.
- Rekod Pembelian - menilai dan membuat perbandingan semula kos ternakan.
- Rekod Rawatan - Menilai semula punca dan sebab penyakit berlaku dan kos perbelanjaan.
- Rekod Aktiviti Harian - Mempastikan pengurusan dilaksanakan mengikut perancangan.
5.2 Pengurusan Personel
- Pekerja mestilah diberi latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa untuk mengendalikan gerompok ternakan dan peralatan.
- Pekerja mempunyai sifat penyayang, minat dan bertanggungjawab terhadap ternakan.
- Pekerja yang terlibat dengan ternakan mestilah bebas dari penyakit berjangkit dan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.
- Majikan digalakkan melindungi setiap pekerja dengan skim insuran.
- Menggunakan pakaian dan peralatan kerja yang sesuai.
- Majikan perlu menyediakan peti kecemasan untuk kegunaan pengembala.
Kemaskini pada 2015-11-02 16:14:50 daripada Administrator