1. APAKAH DASAR KERAJAAN DALAM PERKEMBANGAN TERNAKAN BIRI-BIRI?
Bersesuaian dengan Dasar Pertanian Negara, keutamaan telah diberikan kepada pemeliharaan ruminan kecil secara komersial. Bagi mengurangkan kos pengeluaran, menternak secara integrasi di dalam kebun atau ladang getah, kelapa sawit atau tananian utama lain.
Aktiviti ini akan dan sedang ditumpukan di kawasan berpotensi seperti ladang-ladang FELDA, FELCRA, RISDA dan termasuk ladang-ladang swasta serta kebun persendirian.
2. APAKAH KEBAIKAN SISTEM INTEGRASI INI ?
Dapat menyuburkan tanaman di ladang, mengurangkan kos pengawalan rumpai antara 20-30%, memberikan hasil pendapatan sampingan yang lumayan.
3. BOLEHKAH BIRI-BIRI DIPELIHARA DI KAWASAN SELAIN DARIPADA GETAH DAN KELAPA SAWIT ?
Boleh, asalkan mempunyai kawasan meragut dan biri-biri tidak merosakkan tanaman utama berkenaan; contohnya di kawasan tanaman kelapa, kebun buah-buahan dan koko.
4. APAKAH SAIZ EKONOMIK PENTERNAKAN BIRI-BIRI ?
Pulangan yang berpatutan, diperolehi dengan memelihara sekurang kurangnya 100 ekor biri-biri betina. Matlamat ini boleh dicapai jika kadar kelahiran 150% setahun dan kematian tidak melebihi 5% setahun.
5. BERAPA BANYAKKAH BIRI-BIRI DAPAT DIPELIHARA SECARA INTEGRASI?
Ini bergantung kepada umur tanaman utama dan kesediaadaan rumput/rumpai di bawah tanaman utama. Amnya getah atau kelapa sawit berumur 2-3 tahun dapat menarnpung 3-4 ekor biri-biri setiap ekar. Semakin tua tanaman berkenaan, semakin kurang bilangan biri-biri boleh dipelihara.
6. APAKAH JENIS TERNAKAN BIRI-BIRI YANG SESUAI DIPELIHARA SECARA KOMERSIAL?
Biri-biri import jenis Polled Dorset atau Dorset Horn didapati dapat menyesuaikan diri dengan baik di kawasan kelapa sawit dan getah. Ternakan kacukan Dorset Horn atau Polled Dorset deiigaii biri-biri tempatan sedang digalakkan dipelihara secara besar-besaran berdasarkan ketahanannya terhadap penyakit dan pertumbuhan yang lebih baik daripada biri-biri tempatan.
7. APAKAH JENIS BIRI-BIRI YANG TERDAPAT DALAM NEGARA KITA ?
Ada 3 kumpulan:-
2. Jenis Exotic (asal dari luar negeri);
3. Kacukan-kacukan di atas.
8. BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN BAKA KACUKAN ?
Terdapat 2 cara:
9. MENGAPA MALAYSIA PERLU MENGIMPORT TERNAKAN BIRI-BIRI DARI LUAR NEGERI?
Bagi mencapai matlamat satu juta biri-biri dalam tahun 2000. Populasi biri-biri Negara mesti ditingkatkan ke paras sekurang-kurangnya 130,000 pada tahun 1990. Pengimportan bukan sahaja boleh meningkatkan populasi juga boleh meningkatkan produktiviti ternakan tempatan melalui program pengacukan.
10.SAYA ADA MEMPUNYAI KAWASAN DAN INGIN MENJADI PENTERNAK BIRI-BIRI TETAPI TIDAK MEMPUNYAI MODAL YANG CUKUP, BAGAIMANA CARANYA?
Tuan boleh memohon pinjaman bank untuk membina kandang, membeli biri-biri dan membeli makanan tambahan serta mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan.Atau tuan boleh menyediakan segala infrastruktur dan memohon biri-biri pawah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
|
Kemaskini pada 2021-04-02 13:17:27 daripada Administrator