DI MANA TERDAPAT PERUSAHAAN ITIK TELUR ?
Negeri-negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Bagi negeri-negeri Kedal, dan Perlis, perusahaan itik telur banyak didapati di kawasan yang berhampiran dengan pantai dan sawah padi. Laut yang berdekatan akan membekalkan ikan baja untuk sumber protin kepada itik telur dan beras hancur pula merupakan sumber tenaga yang mudah didapati bagi penternak yang berdekatan dengan sawah padi. Penternak yang tidak duduk berdekatan dengan pantai dan sawah padi boleh juga menternak itik telur ini. Pada masa sekarang makanan komersial yang lebih baik adalah mudah diperolehi. Malah penternak boleh mencampuri makanan itik telur mereka sendiri.
ADAKAH KOLAM AIR MESTI DISEDIAKAN UNTUK MEMELIHARA ITIK TELUR?
Itik telur memerlukan air yang secukupnya untuk minum. Kolam air adalah tidak diperlukan.
BAKA-BAKA ITIK TELUR YANG SESUAI DAN PENGELUARANNYA
Terdapat beberapa baka itik telur yang sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Baka dan pengeluaran telur bagi itikitik telur tersebut adalah seperti di Jadual 1. Jadual 1: Baka dan Pengeluaran Itik Telur Baka Berat Telur (gm) Bil. Telur setahun (52 minggu) Khaki Campbell Kacukan (Thailand) 70 260 - 274 biji Kortlang Khaki Campbell (U.K.) 70 300 - 320 biji Indian Runner 70 250 - 275 biji Cherry Valley C2000 75 275 - 280 biji Itik Jawa 65 180 - 200 biji
DARI MANA BAKA-BAKA ITIK TELUR INI BOLEH DIPEROLEHI ?
Pada masa sekarang terdapat dua (2) sumber utaria yang dapat membekalkan anak itik telur pada penternak. Pembekal yang mengimport anak itik telur dari luar negeri seperti dari negeri Thailand. Pusat penetasan anak itik telur tempatan.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan, melalui Pusat Latihan Ternakan di Sungai Siput (Utara) ada memelihara indukbaka itik telur dan mempunyai unit penetasan yang mampu mengeluarkan anak itik telur dari baka Khaki Campbell.
BERAPAKAH HARGA SEEKOR ANAK ITIK ?
Harganya berbeza-beza. Biasanya di dalam lingkungan $0.80 - $2.00 seekor. Harga anak itik telur daripada Pusat Latihan Ternakan, Sungai Siput hanya $1.50 seekor dan hanya anak itik betina saja akan dibekalkan kepada penternak. Pastikan anak itik yang terdiri daripada baka yang baik sahaja digunakan walaupun anda terpaksa membayar dengan harga yang mahal sedikit. Anak itik yang murah adalah anak itik yang berkualiti rendah dan tidak akan mengeluarkan telur seperti yang dijangkakan.
ADAKAH ANAK ITIK BERUMUR SEHARI MEMERLUKAN API/LAMPU ?
Pengurusan anak itik yang baru sampai adalah hampir sama seperti memelihara anak ayam berumur sehari. Api/lampu hendaklah dihidupkan disebelah malam sehingga 10 hari untuk memanaskan badan anak itik tersebut.
APAKAH PANDUAN SEMASA MEMBERI MAKANAN KEPADA ITIK TELUR ?
Pada peringkat anak sehingga minggu ke 20, makanan komersial yang seimbang adalah digalakkan. Makanan yang scimbang akan menggalakkan pertumbuhan badan itik dan itik-itik akan bertelur pada masa yang dijangkakan. Ada penternak yang hanya memberi sisa nasi dan dedak padi pada masa ini. Cara pemberian makanan cara ini adalah didapati tidak sesuai.
Bagi itik yang sedang bertelur, makanan yang sering diberikan terbahagi kepada 3:
Selain daripada memberi makanan yang bersukat, bekas makanan mestilah mencukupi. Cara mudah untuk mengetahui luas bekas makanan yang mencukupi atau tidak ialah dengan cara melihat itik-itik tersebut semasa diberi makan. Jika semua itik boleh makan screntak apabila diberi makanan, luas bekas makanan tersebut adalah baik dan mencukupi.
Scritiasa tambah panjang bekas makanan itik anda kerana itik yang telah besar memerlukan keluasan bekas makanan yang lebih besar. Berat badan itik sering tidak scimbang terutama diperingkat anak dan ini berlaku apabila keluasan bekas makanan dan makanan yang tidak mencukupi.
Tangkap anak-anak itik yang kecil dan asingkan dari yang telah besar. Tambah makanan 10-20 gm sehari untuk 1 - 2 minggu bagi anak itik yang kecil sehingga ia sama besar dengan kumpulan asalnya.
Apabila beratnya telah seimbang dengan kumpulan itik yang tidak bermasalah, berilah kuantiti makanan yang sama seperti yang telah dijadualkan. Jadual makanan itik telur yang teratur boleh didapati daripada Jabatan. Perkhidmatan Haiwan yang terdekat dengan anda.
|
Kemaskini pada 2015-11-02 16:35:06 daripada Administrator