Pengeksportan Produk Komposit Shelf Stable, Non-MeatSelaras dengan kelulusan daripada pihak Kesatuan Eropah di dalam Commission Implementing Decision 2022/1390, Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang dibenarkan mengeksport produk komposit shelf-stable, non-meat yang melibatkan telur dan susu sahaja, ke negara-negara Kesatuan Eropah (European Union/EU). Pengimportan produk komposit di dalam skop ini tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh EU di dalam Regulation (EC) No 853/2004, Regulation (EU) No 2017/625, Commission Delegated Regulation (EU) No 2019/625 dan Commission Delegated Regulation (EU) 2020/692. Skop pengeskportan ini tidak melibatkan produk non-shelf stable dan/atau containing meat products (except gelatine, collagen or highly refined products derived from meat).Pihak syarikat yang berminat untuk mengeksport produk komposit shelf-stable, non-meat (telur dan susu sahaja) ke EU hendaklah menjalani verifikasi kepatuhan syarat EU, mendapat pengesyoran dan berdaftar untuk tujuan pengeksportan ini. Syarat dan prosedur pengeksportan ini diperincikan di dalam dokumen Compliance Listing and Verification Protocol for Export of Food Product (Shelf-stable, Non-Meat).Senarai loji pemprosesan yang berdaftar akan dihantar kepada EU secara berkala dan dipaparkan di laman web rasmi DVS. Mana-mana pihak syarikat yang tidak disenaraikan berisiko untuk mengalami isu semasa pelepasan di pintu masuk EU seperti penahanan atau penolakan konsaimen. Pihak jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas kesulitan yang dialami ekoran ketidakpatuhan kepada prosedur eksport.Permohonan penyenaraian hendaklah dibuat secara rasmi dengan melampirkan maklumat serta dokumen sokongan yang berkaitan seperti dokumen 3 (Borang Permohonan Penyenaraian bagi Pengeksportan Produk Komposit Shelf-Stable, Non-Meat) ke EU kepada:Cawangan Eksport,
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma
No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya, MalaysiaDokumen Berkaitan
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma
No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya, MalaysiaDokumen Berkaitan
Nota tambahan:1. Produk komposit merujuk kepada bahan makanan yang mengandungi kedua-dua bahan mentah yang berasaskan tumbuhan dan bahan mentah haiwan yang telah diproses. (Composite products are foodstuffs containing both products of plant origin and processed products of animal origin)2. Pengeksportan produk ikan dan hasilan ikan hendaklah merujuk kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. (www.fsq.moh.gov.my)Rujukan berkaitan:1) Commission Implementing Decision 2022/1390 di pautan ini: https://eurlex.europa.eu/eli/dec_impl/2022/1390/oj2) Syarat dan soalan lazim berkaitan pengimportan ke EU dirujuk pada website EU di pautan ini: EU Composite Products: https://food.ec.europa.eu/horizontal-topics/international-affairs/eu-entry-conditions/composite-products_en3) Model Private attestation adalah disediakan oleh pihak pengimport untuk setiap konsaimen dan boleh dirujuk pada Annex V of Commission Implementing Regulation (EU) No 2020/2235 di pautan ini: https://eur-lex.europa.eu/legal-content/EN/TXT/?uri=CELEX:32020R2235
Kemaskini pada 2025-01-20 16:02:39 daripada Administrator