Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Info on Insect Meal

Pengeksportan Produk Makanan Haiwan berasaskan Serangga ke Kesatuan Eropah (EU)

 

Malaysia telah dibenarkan mengeksport makanan haiwan berasaskan serangga ke Kesatuan Eropah seperti di dalam Commission Regulation (EU) No 142/2011 (Table 1 Row 1 to Annex XIV). Loji pemprosesan Malaysia yang ingin mengeskport insect meal  dan insect oil ke EU perlu mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Regulation EC No. 1069/2009, Commission Regulation (EU) No 142/2011, berdaftar di  dalam sistem TRACES (seperti yang dinyatakan di dalam Article 41(3)(b) di R1069/2009) dan disertai oleh sijil kesihatan veterinar seperti di Annex XV, Chapter 1a of R-2011/142. Kepatuhan kepada syarat-syarat import ini perlu diverifikasi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan akan mengikut prosedur seperti di dalam “Carta alir prosedur pengeksportan makanan haiwan berasaskan serangga ke EU”. Selain itu, loji pemprosesan di Malaysia juga perlu peruntukan perundangan di Malaysia seperti yang tertakluk di bawah Akta Makanan Haiwan 2009.

 

Permohonan pengeksportan hendaklah dibuat secara rasmi dengan melampirkan surat ‘cover letter’, Borang Permohonan Penyenaraian bagi pengeksportan Insect Meal dan Insect Oil  sebagai makanan haiwan ke EU serta dokumen sokongan yang berkaitan kepada:

Pengarah Kanan

Bahagian Kawalan Penyakit dan Biosekuriti Veterinar

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia

Wisma Tani,

Tingkat 5, Blok 4G1, Podium 1A,

Presint 4, 62630 Putrajaya

 

Senarai Loji Pemprosesan makanan haiwan berasaskan serangga yang diperakui untuk mengeksport ke EU akan dipaparkan di laman web DVS seperti di bawah:

 

Dokumen Berkaitan

 Bil  Perkara
 1Senarai loji pemprosesan makanan haiwan berasaskan serangga yang diperakui untuk mengeksport ke EU image 29.04.2026
 2SOP Registration Procedure of Manufacturer and Seller of Animal Feed or Feed Additive
 3SOP Approval of Insect Based Animal Feed Processing Establishment and Issuance Of Veterinary Health Certificate For The Export To EU
4Borang Permohonan Penyenaraian bagi pengeksportan Insect Meal dan Insect Oil sebagai makanan haiwan ke EU
5Notis Penggunaan European Commisin TRACES untuk Tujuan Penggunaan Sijil Kesihatan Veterinar bagi Pengeksportan Makanan Haiwan ke Negara - Negara Kesatuan Eropah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Kemaskini pada 2026-04-29 14:53:25 daripada admin

  •  
  • Print
  • Email this page