PERMOHONAN PENSIJILAN VETERINAR MALAYSIAN GOOD AGRICULTURAL PRACTICES (myGAP) DI BAWAH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA
PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP):
Berikut merupakan prosedur bagi permohonan pensijilan veterinar myGAP:
1. Permohonan boleh dibuat melalui borang manual DVS/myGAP No.1
2. Tuan/puan perlu menyediakan dokumen sokongan Good Animal Husbandry Practice (GAHP) mengikut senarai semak GAHP seperti di pautan berikut:
3. Tuan/puan juga perlu mendapatkan surat sokongan dari DVS Negeri bagi ladang yang memohon dan juga wajib mengemukakan salinan APC Doktor Veterinar ladang serta salinan lesen penternakan (jika berkaitan) bagi ladang yang memohon.
Penghantaran Dokumen Permohonan:
Pihak ladang hendaklah menyediakan dokumen sokongan GAHP yang lengkap dan disusun mengikut senarai semak GAHP serta hendaklah dimasukkan dalam satu (1) RING FILE dan ditandakan (tagging).
Dokumen yang lengkap perlu dihantar secara serahan tangan bersama-sama dengan dokumen sokongan (GAHP) ke alamat berikut:
Seksyen Pemeriksaan dan Pensijilan Veterinar
Bahagian Regulatori Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Aras 5, Blok 4G1, Podium 1A, Wisma Tani
No. 28 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Untuk perhatian pihak ladang, dokumen sokongan yang tidak lengkap, tidak bersusun dan tidak mengikut keperluan pihak kami boleh menyebabkan permohonan pihak tuan/ puan DITOLAK.
Bagi memudahkan urusan, pihak tuan/ puan dikehendaki membuat TEMUJANJI terdahulu dengan pihak kami bagi urusan penghantaran permohonan tersebut.
Hubungi kami:
Sebarang pertanyaan berkaitan pensijilan veterinar myGAP boleh menghubungi pihak Urus Setia Pensijilan Veterinar di alamat e-mel: upvdn@dvs.gov.my atau Dr. Intan Liana Binti Mat Kasa (Tel: 03-88702034/ e-mel: intanliana@dvs.gov.my) atau Pn. Efira Nabilah Binti Khamsah (Tel: 03-8870 2077 dan e-mel: efira@dvs.gov.my).
Kemaskini pada 2023-09-19 09:43:37 daripada Administrator








.png)


LAMAN UTAMA
INFO KORPORAT
PERKHIDMATAN
LAMAN UTAMA
Import Eksport
Kawalan Penyakit & Kesihatan Veterinar
Harga Komoditi
Komoditi Ternakan
Skim Pensijilan DVS
Perkhidmatan Makmal
Pelaburan
Rumah Sembelih
Bahan Biologik & Ubatan Veterinar
Latihan & Kursus
Penyelidikan
Kebajikan Haiwan
Subsidi Ayam Telur
e-DIGITAL
AKTA & PERUNDANGAN
HUBUNGI KAMI
