Syarat Pembaharuan Sijil myGAP:-
- Telah mengisi dan menghantar Borang Penilaian Sistem Kualiti Pensijilan Veterinar Tahunan Premis Perladangan (APE) setiap tahun.
- Segala ketidakakuran dari audit pemantauan (surveillance audit), audit pemeriksaan semula (review audit) dan sebarang program pemantauan lain telah diselesaikan.
- Permohonan untuk pembaharuan sijil perlu dikemukakan kepada DVS sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sijil. Kegagalan mengemukakan permohonan akan melambatkan proses pembaharuan sijil.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang berikut:-
Kemaskini pada 2024-01-23 14:10:24 daripada Administrator