| PROGRAM PENGUKUHAN PENGELUARAN TENUSU NEGARA | ||||
| 1. | Program Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara merupakan Program intervensi yang berkesinambungan daripada Program Peningkatan Pengeluaran Tenusu Negara pada RMK-12 bagi pembangunan industri tenusu negara. Pelaksanaan Program ini adalah bagi meneruskan hasrat Kerajaan dalam pembangunan industri tenusu negara untuk meningkatkan pengeluaran susu segar bagi mencapai 100%SSR susu segar dalam negara dengan strategi penambahan populasi induk ternakan melalui pelaksanaan skim Insentif bantuan kepada golongan sasar dengan kaedah imbuhbalik (reimbursement). | |||
| 2. | Di bawah Program Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara, Pemohon boleh memohon untuk memasuki Program TUSB atau TPK. Melalui Program ini, Peserta hendaklah menguruskan dan memastikan peningkatan pengeluaran susu segar ternakan yang ditawarkan di bawah Program ini adalah mencapai sasaran/ Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan oleh Kerajaan. | |||
| 3. | Pemohon boleh memohon bagi ditawarkan: | |||
| (a) | Ternakan dan Peralatan; ATAU | |||
| (b) | Ternakan sahaja; ATAU | |||
| (c) | Peralatan sahaja. | |||
| Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk Program Pemerkasaan Ruminan. | ||||
| Insentif bagi Transformasi Usahawan Berskala Besar (TUSB). | ||||
| 1. | Di bawah permohonan TUSB, Kerajaan akan membuat bayaran balik (reimbursement) sebanyak 30% daripada harga perolehan mengikut harga siling yang telah ditetapkan dengan kaedah reimbursement 30:70 (30% daripada harga perolehan akan dibayar oleh Kerajaan manakala baki 70% harga perolehan akan ditanggung oleh Peserta). | |||
| 2. | Pemohon yang memenuhi syarat dan ditawarkan bagi permohonan TUSB akan membuat perolehan: | |||
| (a) | Ternakan lembu susu betina bunting baka kacukan Friesian daripada Australia dan/atau New Zealand (min 50 ekor; max 500 ekor); ATAU | |||
| (b) | 1-unit tangki penyejukan susu (RFT) baru berkapasiti 3000 liter; ATAU | |||
| (c) | 1-unit lori tangki susu baru berkapasiti 3000 liter. | |||
| Insentif bagi Transformasi Penternak Kecil (TPK) | ||||
| 1. | Di bawah permohonan TPK, Kerajaan akan membuat bayaran balik (reimbursement) sebanyak 70% daripada harga perolehan mengikut harga siling yang telah ditetapkan dengan kaedah reimbursement 70:30 (70% daripada harga perolehan akan dibayar oleh Kerajaan manakala baki 30% harga perolehan akan ditanggung oleh Peserta). | |||
| 2. | Pemohon yang memenuhi syarat dan ditawarkan bagi permohonan TPK akan membuat perolehan: | |||
| (a) | Ternakan lembu susu betina bunting baka kacukan Friesian daripada Australia dan/atau New Zealand (min 10 ekor; max 20 ekor); ATAU | |||
| (b) | 1-unit tangki penyejukan Susu (RFT) berkapasiti 500 liter; ATAU | |||
| (c) | 1-unit mesin perincih rumput (chopper). | |||
| 3. | Harga siling yang ditetapkan oleh Kerajaan adalah seperti berikut: | |||
| Jenis Perolehan | Harga siling bagi Seunit/Ekor | |||
| Induk Betina Bunting | 11,000.00 | |||
| Tangki Penyejuk susu (RFT) 500L | 60,000.00 | |||
| Tangki Penyejuk susu (RFT) 3000L | 180,000.00 | |||
| Lori Tangki Susu 3000L | 250,000.00 | |||
| Mesin perincih rumput (chopper) | 5,000.00 | |||
| Syarat - Syarat Permohonan Program Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara | ||||
| Borang Permohonan Program Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara | ||||
| Brosur Program Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara | ||||
| SOP Program Pengukuhan Pengeluaran Tenusu Negara | ||||
Kemaskini pada 2026-04-07 08:58:17 daripada Administrator








.png)


LAMAN UTAMA
INFO KORPORAT
PERKHIDMATAN
LAMAN UTAMA
Import Eksport
Kawalan Penyakit & Kesihatan Veterinar
Harga Komoditi
Komoditi Ternakan
Skim Pensijilan DVS
Perkhidmatan Makmal
Pelaburan
Rumah Sembelih
Bahan Biologik & Ubatan Veterinar
Latihan & Kursus
Penyelidikan
Kebajikan Haiwan
Subsidi Ayam Telur
e-DIGITAL
AKTA & PERUNDANGAN
HUBUNGI KAMI
