Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Syarat-syarat Permohonan Transformasi Usahawan Berskala Besar (TUSB)

Syarat-syarat Permohonan Transformasi Usahawan Berskala Besar (TUSB)
1.Memiliki ladang tenusu yang didaftarkan atas nama Syarikat.
2.Dilengkapi dengan infrastruktur kandang yang baik dan sumber makanan ternakan yang mencukupi bagi menampung pertambahan ternakan.
3.Syarikat adalah berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekiranya syarikat usahasama (JV), pemilikan ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 51%.
4.Syarikat mempunyai pengalaman dalam bidang penternakan tenusu sekurang-kurangnya 1 tahun dan telah mempunyai rekod pengeluaran susu.
5.Berdaftar dengan e-permit dan mempunyai ID Premis di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
6.Syarikat komited dan mempunyai kerjasama yang baik dengan Jabatan.
7.Bagi ladang di atas tanah milik kerajaan, surat kebenaran atau perjanjian daripada pihak berkuasa/agensi yang berkaitan perlu disertakan.
8.Bagi ladang di atas tanah milik syarikat/persendirian, salinan geran tanah dan surat kebenaran menternak yang telah disahkan perlu disertakan.
9.Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk Program Pemerkasaan Ruminan.
10.Penerima program adalah layak untuk memohon semula di sepanjang pelaksanaan Program tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk. Kriteria bagi kelayakan permohonan semula untuk dipertimbangkan adalah:
 a)Ketersediaan sumber makanan untuk penambahan ternakan.
 b)Pengeluaran susu yang konsisten.
 c)Pengurusan ternakan dari segi kebajikan, penyakit dan program kesihatan adalah baik.
 d)Modal bagi pelaksanaan perolehan tersedia dan tiada masalah dalam pelaksanaan sebelumnya.
 e)Memenuhi syarat-syarat permohonan program.
 Walau bagaimanapun, keutamaan adalah diberikan kepada permohonan baru yang memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
11.Senarai dokumen perlu dilampirkan bersama-sama borang permohonan adalah seperti berikut:
 BILSENARAI DOKUMEN 
 

i

Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan 
 

ii

Salinan pendaftaran syarikat (SSM) carian pada tahun semasa sekiranya berkaitan yang telah disahkan 
 

iii

Salinan penyata bank (closing balance) bagi tiga bulan terkini 
 

iv

Salinan berkaitan pemilikan tanah untuk penternakan: 
  1.  geran tanah; atau
  2.  dokumen sewaan; atau 
  3.  pajakan; atau 
  4.  kebenaran menternak secara dokumentasi
 
 

v

Surat pengesahan status program kesihatan ladang oleh DVS Negeri / PVD / Jajahan ATAU sijil bebas penyakit Brucella/TB 
   
   
  

Kemaskini pada 2026-04-03 10:28:26 daripada admin

  •  
  • Print
  • Email this page