Program Pengganda30 (P30) diwujudkan bagi mencapai sasaran ke arah Kadar Sara Diri (SSR) daging lembu 50% menjelang tahun 2030, melalui peningkatan keupayaan secara drastik ladang-ladang peserta yang berpotensi, dengan menumpukan kepada peningkatan populasi ternakan berkualiti serta keupayaan operasi pengeluaran ladang.
P30 diurus dan dilaksana secara Public Private Partnership (PPP) antara agensi kerajaan dan peserta program (Syarikat atau Penternak) di kawasan berpotensi. Insentif yang disediakan adalah dalam bentuk Geran Pemadanan secara imbuh balik (reimbursement) 90:10 melalui peserta /Agrobank.
Konsep Pelaksanaan Program
Program ini berhasrat untuk membangunkan sebanyak 310 unit pakej ternakan melibatkan perolehan 31,000 ekor induk dan 3,100 ekor pejantan pedaging berkualiti untuk tujuan pembiakbakaan di ladang pengganda berpotensi yang melaksanakan penternakan secara Integrasi bersistematik / breedlots.
Setiap peserta yang memenuhi syarat dan diluluskan akan membuat perolehan ternakan dan/ atau input pernternakan dan perladangan terlebih dahulu sebelum tuntutan pembayaran dibuat secara reimbursement.
Had bilangan ternakan setiap peserta adalah berasaskan kepada jumlah pakej ternakan yang diluluskan melalui Jawatankuasa Induk Program Pemerkasaan Ruminan. Minimum ternakan untuk perolehan oleh peserta adalah 1 unit pakej ternakan sebanyak 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Setiap peserta boleh memohon lebih dari 1 pakej ternakan.
Perolehan ternakan pembiakbaka lembu pedaging mestilah dari luar Negara yang diluluskan oleh DVS (Australia, NZ,Brazil, Chile, USA dll) mengikut mana-mana baka yang bersesuaian dan induk betina yang telah disahkan bunting (PTIC).
Kerajaan akan membuat bayaran balik (reimbursement) sebanyak 90% daripada nilai perolehan mengikut harga siling yang telah ditetapkan dengan kaedah geran pemadanan 90:10 di mana 90% daripada kos perolehan dibiayai oleh Kerajaan dan 10% daripada kos perolehan dibiayai oleh peserta yang dipermudahkan melalui dana pinjaman Agrobank.
Kumpulan Sasaran
Syarikat Swasta
Syarikat Perladangan Sawit
Pertubuhan Peladang Kawasan
Koperasi
Government-Linked Company (GLC) dan Goverment-Linked Investment Companies (GLIC)
Anak Syarikat Kerajaan Negeri
Kelompok Padang Ragut
Peserta Ladang Setelit Negara (LSN)
Peserta Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR)
Pengusaha Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
Penubuhan ladang pengganda berpotensi di seluruh Negara termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang melibatkan kawasan padang ragut, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Taman Kekal Pengeluaran Ruminan (TKPR), Ladang Setelit Nasional (LSN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), kawasan integrasi bersama tanaman kelapa sawit dan kawasan persendirian penternak berpotensi dalam melaksanakan penternakan lembu pedaging.
Skop Program
Geran Pemadanan (Reimbursement) bagi perolehan ternakan
Geran Pemadanan (Reimbursement) bagi perolehan input penternakan dan peladangan
Perolehan bagi keperluan pengurusan teknikal ternakan
Pengurusan keperluan latihan, promosi, percetakan dan pengurusan pemantauan ternakan
Insentif yang ditawarkan
Syarikat / Peserta yang memenuhi syarat dan diluluskan di bawah Program P30 akan ditawarkan membuat perolehan:
Ternakan lembu Induk dan Baka (min 1 unit pakej ternakan - 100 ekor induk, 10 pejantan); DAN/ATAU
Perolehan input penternakan dan perladangan (peralatan / mesin ladang dan Infrastruktur ladang).
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk Program Pemerkasaan Ruminan.
Syarat - Syarat Permohonan Program
Warganegara Malaysia
Penternak Persendirian, Kelompok Padang Ragut, Syarikat Perladangan, Anak Syarikat Kerajaan Negeri, Pertubuhan Peladang Kawasan, Koperasi, Pertubuhan atau Syarikat Swasta, Government-Linked Company (GLC) dan Goverment-Linked Investment Companies (GLIC).
Mempunyai pengalaman dalam bidang penternakan sekurang-kurangnya 3 tahun. Penyertaan syarikat baru adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Program Pengganda30.
Berdaftar dengan eVet-Permit dan mempunyai ID premis.
Mempunyai keluasan kawasan penternakan yang sesuai dengan jumlah lembu yang dipohon serta dilengkapi dengan infrastruktur penternakan yang bersesuaian dan sumber makanan yang mencukupi.
Komited dan berdaya maju untuk melaksanakan projek.
Bagi pemohon projek di atas tanah milik Kerajaan, surat kebenaran atau perjanjian daripada pihak berkuasa perlu disertakan. Manakala bagi pemohon projek di atas tanah milik syarikat/ persendirian, salinan geran tanah dengan status pemilikan tanah yang sah dan surat kebenaran menternak yang telah disahkan perlu disertakan.
Memenuhi kriteria kesihatan ladang yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) seperti berikut:
Mengetahui status kesihatan ladang berkaitan penyakit Brucella pada tahun permohonan diterima dan disahkan oleh DVS
Ternakan diberikan vaksinasi penyakit Kuku dan Mulut (FMD) secara berkala sebagaimana yang ditetapkan oleh DVS dan direkodkan
Mengamalkan sistem Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP)
Mengamal sistem rekod asas ternakan secara fizikal yang dipersetujui oleh DVS
Bersedia menerima khidmat nasihat dan memberi kerjasama berkaitan kesihatan veterinar dengan pihak DVS.
Senarai dokumen (yang telah disahkan) perlu disertakan bersama-sama borang permohonan adalah seperti berikut:
Salinan kad pengenalan Pemohon
Salinan pendaftaran syarikat carian terkini
Salinan terkini penyata bank (3 bulan)
Salinan geran tanah, dokumen sewaan atau pajakan atau kebenaran menternak secara dokumentasi
Salinan anugerah atau sijil kursus berkaitan (jika berkaitan)
Maklumat/ laporan profil syarikat
Dokumen pengesahan status program kesihatan ladang oleh Bahagian Kesihatan DVS Negeri atau PPVD atau VetEC.
Perubahan kepada syarat ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk Program Pemerkasaan Ruminan Negara.
Permohonan Penyertaan Program Pengganda30
Permohonan penyertaan Program P30 adalah dibuka sepanjang tempoh RMK-13 (2026 – 2030).
Syarikat / Pemohon yang berminat untuk menyertai Program P30 boleh kemukakan dokumen seperti berikut melalui emel bagi semakan dan saringan awal pegawai :
Kertas Kerja dan Aliran Kewangan : Kertas kerja lengkap bersama unjuran aliran ternakan serta aliran kewangan bagi tempoh 5 tahun;
Profil Syarikat : Latar belakang syarikat;
Laporan Semasa : Laporan prestasi semasa kemajuan projek; dan
Dokumen Sokongan : Lain-lain dokumen berkaitan.
Lengkapkan Borang Permohonan Program Pengganda30 beserta dokumen lampiran.
RISALAH PROGRAMBORANG PERMOHONAN PROGRAM PENGGANDA30
PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN KERJA BAGI PERMOHONAN PROJEK PEMBANGUNAN
Kemaskini pada 2026-09-15 16:18:45 daripada admin








.png)


LAMAN UTAMA
INFO KORPORAT
PERKHIDMATAN
LAMAN UTAMA
Import Eksport
Kawalan Penyakit & Kesihatan Veterinar
Harga Komoditi
Komoditi Ternakan
Skim Pensijilan DVS
Perkhidmatan Makmal
Pelaburan
Rumah Sembelih
Bahan Biologik & Ubatan Veterinar
Latihan & Kursus
Penyelidikan
Kebajikan Haiwan
Subsidi Ayam Telur
e-DIGITAL
AKTA & PERUNDANGAN
HUBUNGI KAMI
