Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembiakbakaan
Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembiakbakaan berperanan meningkatkan kualiti genetik serta prestasi pembiakan ternakan di negara ini. Seksyen mempunyai rangkaian di semua negeri di Semenanjung untuk memberi perkhidmatan pembiakan dan pembakaan.Untuk keberkesanan perkhidmatan,seorang penyelaras pembiakan dan pembakaan diwujudkan di setiap negeri. Perkhidmatan yang diberikan, meliputi:
a. Sinkronisasi Estrus
Teknik ini menggunakan hormon untuk menyelaraskan pusingan kesuburan dalam ternakan ruminan betina. Teknik ini digunakan untuk memantapkan pusingan kesuburan untuk sekumpulan ternakan untuk memudahcarakan penjagaan, pembiakan dan musim beranak bagi ternakan induk.
b. Permanian Beradas
Kebaikan menggunakan teknik permanian beradas untuk pembiakan ternakan adalah seperti berikut:
- Mengurangkan kos menyimpan ternakan pejantan.
- Memasukkan genetik berkualiti tinggi ke dalam sesuatu
kumpulan ternakan.
- Mengurangkan ‘in-breeding’
- Digunakan bersama sinkronisasi estrus untuk mengetatkan
musim membiak.
- Mengesan ternakan yang tidak subur dengan cepat.
c. Pemeriksaan Dayabiak
Termasuk pemeriksaan fizikal, libido dan kualiti air mani untuk memeriksaan kesesuaian ternakan untuk dijadikan pejantan.Pemilihan pejantan yang sesuai dan berkeupayaan untuk membuntingkan ternakan betina adalah sangat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu program pembiakan.
d. Pengesanan Kebuntingan / Pemeriksaan Kesuburan
Pengesanan awal kebuntingan adalah penting untuk menilai kesuburan ternakan dan meningkatkan keberkesanan program pembiakan. Pemeriksaan kesuburan digunakan untuk menilai kesihatan sistem pembiakan,mengesan dan menyingkirkan ternakan betina yang tidak subur.
e. Skim Pendaftaran Pembaka: SISTEM e-BAKA
Sistem e-Baka yang diwujudkan di bawah Skim Pendaftaran Pembaka adalah satu sistem pengesahan dan pendaftaran haiwan baka tulen sebagai pengkalan data bersepadu kepada Daftar Ternakan Pembaka Nasional. Sistem ini membolehkan penternak mendaftarkan ternakan baka yang dimiliki mereka bagi memperakukan ketulenan ternakan tersebut. Maklumat yang akan dimasukkan ke dalam sistem ini termasuklah maklumat penternak dan ladang serta maklumat berkaitan ternakan baka yang hendak didaftarkan. Untuk maklumat lanjut,
sila layari laman web http://epermit2.dvs.gov.my/ebaka.
|
Kemaskini pada 2015-11-02 16:47:25 daripada Administrator