BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN
FUNGSI
1. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan industri penternakan dan makanan berasaskan ternakan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.
2. Melaksanakan tugas pemindahan dan penerapan teknologi penternakan dan IATn di sepanjang rantaian pengeluaran ternakan dan makanan berasaskan ternakan kepada kumpulan sasar mengikut keperluan, peringkat aktiviti dan keadaan setempat.
3. Bertanggungjawab membimbing ke arah pembangunan ladang/ premis ternakan bagi tujuan persijilan Jabatan.
4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan khidmat perundingan industri ternakan bagi menggalakkan penglibatan pemain industri.
5. Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan pengembangan berkaitan pembangunan industri untuk tujuan promosi, pameran, pelaporan dan perundingan.
6. Mengalakkan inovasi produk-produk baru dikalangan usahawan Industri Asas Ternakan.
7. Merancang, menyelaras dan melaksana program pengembangan Veterinar Kebangsaan.
8. Memperkasa perkhidmatan VetEC dengan memberi perkhidmatan bagi semua komoditi dan IATn (termasuk ambulatori dan Kesihatan Gerompok).
Kemaskini pada 2020-08-07 14:55:07 daripada Administrator