BAHAGIAN PEMBANGUNAN GENETIK DAN TEKNOLOGI PENTERNAKAN
Objektif Bahagian :
- Meningkatkan kualiti sumber genetik ternakan.
- Meningkatkan penggunaan teknologi dalam bidang pemakanan, pembiakbakaan dan pengurusan ladang ternakan.
- Meningkatkan kepakaran teknikal dalam bidang teknologi penternakan.
FUNGSI BAHAGIAN
Fungsi Bahagian Pembangunan Genetik dan Teknologi Penternakan secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:
1. SEKSYEN PEMAKANAN HAIWAN
- Menyediakan khidmat kepakaran dan pemindahan teknologi dalam bidang pemakanan ternakan.
- Menyelaras program pembangunan dan aplikasi teknologi dalam pengeluaran bahan makanan ternakan.
- Menilai pelbagai sumber yang sesuai dan berpotensi sebagai bahan makanan ternakan
- Menjalin kerjasama dengan Jabatan/Agensi lain di peringkat negara dan antarabangsa dalam pelbagai aspek berkaitan pemakanan haiwan.
2. SEKSYEN PENGELUARAN BAKA DAN GENETIK TERNAKAN
- Menguruskan pembangunan ladang-ladang Jabatan sebagai model ladang nukleus berimpak tinggi.
- Menyelaras pengeluaran baka ternakan bernilai biak tinggi.
- Menilai dan menambahbaik pelbagai teknologi dan sistem pengeluaran ternakan.
- Memberikan khidmat kepakaran teknikal, bimbingan dan latihan dalam aspek pengeluaran dan pengurusan ternakan.
- Menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang kajiselidik gunaan.
3. SEKSYEN TEKNOLOGI PEMBIAKAN DAN PEMBIAKBAKAAN
- Menyelaras pelaksanaan program peningkatan kualiti genetik dan fertiliti ternakan.
- Menyelaras pelaksanaan program pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik haiwan.
- Menyediakan kepakaran, melatih dan membimbing pelanggan dalam aplikasi teknologi pembiakan.
- Membimbing pengusaha ternakan dalam aspek pengurusan pembiakan dan pembakaan.
- Menilai kesesuaian pelbagai jenis baka untuk industri ternakan
4. INSTITUT BIODIVERSITI VETERINAR KEBANGSAAN
- Mengeluarkan semen dan embrio ternakan berkualiti tinggi.
- Menjalankan penyelidikan gunaan dalam bidang pembiakan dan pembakaan ternakan
- Mengkaji kesesuaian dan potensi pelbagai jenis baka untuk kegunaan industri ternakan
- Memberi khidmat perundingan, bimbingan dan rujukan teknikal dalam bidang pembiakan dan pembakaan.
- Menjalankan penyelidikan, pemuliharaan dan mewujudkan pengkalan maklumat sumber genetik haiwan tempatan
Kemaskini pada 2020-08-07 13:17:11 daripada Administrator