Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Lembu Fidlot

Pengurusan

4.0 Pengurusan Harian

 

Pengurusan harian yang cekap dan sistematik adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan yang sihat, peningkatan berat badan yang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang maksimum.

 

4.1   Pengurusan Personel

 

Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga pekerja yang diperlukan.  Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak

Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut :

 

  • Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilangan lembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan.  Kadar pekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu dan jenis operasi fidlot adalah seperti berikut:
 
  • Operasi fidlot secara manual     =  1 orang pekerja untuk 200 ekor
  • Operasi fidlot secara mekanikal =  1 orang pekerja untuk 400 ekor

 

  • Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untuk kemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan pengurusan harian lebih mudah dan cekap.
     

4.2 Pengurusan Ternakan

 

Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan tekanan haba  (cuaca panas).  Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selera pemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badan harian yang tinggi.

 

Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan. 

 

Seeloknya setiap ternakan ditimbang pada minggu pertama kemasukan bagi merekod berat awal, bulan pertama atau kedua tempoh pemeliharaan bagi merekod peningkatan berat badan dan minggu terakhir tempoh pemeliharaan bagi merekod berat akhir sebelum jualan.

 

4.3   Pengurusan Kandang

 

Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan infrastruktur.   Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya di sebelah pagi. 

 

Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan seperti penyakit pernafasan dan radang paru-paru, kembong atau direa dan kebusukan kuku.

 

4.4 Pengurusan Pemakanan

 

Pengurusan pemakanan lembu fidlot adalah sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhipeningkatan berat badan harian (daily weight gain). Ini seterusnya akan menentukan samada projek ternakan fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau kerugian.

 

Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4 - 6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200 – 250 kg), sehingga mencapai 8 - 10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan (berat badan antara 350 – 400 kg).  Bagaimana pun, kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan, seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan makanan hasilan pertanian.

 

 Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari.  Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewat-lewatnya jam 9 pagi.  Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewat-lewatnya jam 3 petang.

 

Lembu fidlot juga perlu dipastikan disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral.  Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.

 

4.5   Pengurusan Kenderaan

 

Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan baik. 

 

Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 ton atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.

 

4.6 Pengurusan Rekod

 

Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian.



Kemaskini pada 2015-11-03 11:33:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page