Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Lembu Fidlot

Infrastruktur

5.1 Lokasi

 

Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti:

 

  • topografi,
  • jenis tanah,
  • kemudahan bekalan air dan elektrik,
  • kesediaan sumber makanan ternakan,
  • sumber bekalan ternakan,
  • sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis.
     

Seeloknya lokasi ladang fidlot terletak 1–2 km radius daripada kawasan perumahan dan perindustrian Tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air bagi mengelakkan limpahan apabila berlaku banjir atau hujan lebat.

 

Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok tanaman. Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikan jalan keluar-masuk ke kawasan ladang fidlot boleh dilalui sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga  seberat 16 ton.

 

5.2   Topografi

 

Pemukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik.Bagi kawasan yang kerap hujan, penempatan projek fidlot di kawasan berbukit lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di samping megurangkan masalah tanak berbecak. Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan kos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan-kemudahan lain dibandingkan dengan kawasan berbukit.

 

5.3    Bekalan Air Dan Elektrik

 

Kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk projek fidlot. Lembu yang mempunyai berat badan antara 200 - 400 kg memerlukan air minuman sebanyak 25 - 40 liter sehari.,penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500 – 5000 liter air minuman sehari.Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot.

 

Perigi atau parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan air daripada Jabatan Bekalan Air. Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilang makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin dan peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal.

 

5.4   Reka Bentuk Kandang
 
Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa,  menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan. Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.
 

5.5 Kandang Kurungan
 
Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek kemudahan infrastruktur yang ‘standard’ seperti berikut :

 
5.5.1 Ruang Kandang


Di negara beriklim tropika seperti Malaysia, kandang kurungan yang diperlukan mestilah berbumbung supaya ternakan mendapat perlindungan daripada hujan dan panas. Keluasan ruang kandang yang diperlukan bagi seekor lembu adalah diantara 2.0 – 2.5 meter persegi (25 – 30 kaki persegi).

 

Besar kandang yang hendak dibina bergantung pada bilangan ternakan yang hendak digemukan. Kandang kurungan yang besar seelok-eloknya dibahagikan kepada beberapa petak untuk memudahkan penjagaan dan pengurusan ternakan.

 

Setiap petak seeloknya sesuai untuk penempatan tidak lebih daripada 50 ekor lembu.Tinggi kandang kurungan dari lantai ke bumbung yang paling sesuai adalah antara 3.0 – 4.5 meter (10 – 15 kaki). Ketinggian ini akan membolehkan sistem pengudaraan yang baik dan tidak akan menganggu aktiviti-aktiviti operasi fidlot yang dijalankan.
 
5.5.2 Lantai
 

Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atau berlumpur. Prestasi ternakan akan menurun sekiranya ternakan dipelihara di tempat yang berbecak kerana keadaan sebegini akan memudahkan serangan penyakit. Lantai simen yang dibina mestilah mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 10 cm (4 inci) dan ini juga tertakluk kepada kepadatan tanah dengan kecerunan 2 % menghala ke parit.


 - Contoh -pelan susunatur kandang  penternakan lembu fidlot

1. Rajah A

2. Rajah B


5.5.3 Bumbung
 
Bumbung kandang fidlot perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakan semasa hujan dan panas. Bumbung boleh dibina dengan menutup keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan lantai kandang, bergantung pada modal yang ada.

 

Kandang yang ditutup sebahagianya dengan bumbung membolehkan cahaya matahari mengeringkan lantai, justeru mengurangkan pertumbuhan organisma-organisma yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada ternakan. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink, atap, abestos dan lapisan getah tar.

 

Contoh pelbagai rupa bentuk bumbung-sila klik

5.5.4 Sistem Saliran
 
Disediakan dengan sistem saliran (perparitan) yang lengkap supaya air dan najis ternakan dapat dialirkan dengan sempurna. Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot.
 
5.5.5 Palung Makanan


Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian makanan mudah dijalankan. Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 61cm (24 inci) lebar dan 45cm (18 inci) tinggi. Seekor lembu memerlukan 15cm (6 inci) ruang makanan.

 

Lantai simen di bahagian tempat makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat dibersihkan dengan mudah disamping mengelakkan kawasan kandang menjadi lembab dan berbecak. Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palung makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang.

 

5.5.6 Palung Air Minuman

 

Kedudukan palung minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan dan jenis takungan air yang digunakan. Bagi kandang kurungan yang mempunyai beberapa petak, palung airnya perlu ditempatkan di antara petak. Kandang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung air minuman yang tersendiri. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran 46cm (18 inci) dan 60 cm (24 inci) tinggi.Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selain daripada tong dram dan gelung konkrit sebagai alternatif.

contoh  palung makanan dan minuman- sila klik

 

5.5.7 Takungan Najis


Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untuk mengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan persekitaran. Dengan adanya kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkan dapat dikumpulkan setempat. Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan ternakan yang dipelihara dan kegunaannya.

 

5.5.8 Tempat Rawatan


Tempat atau lorong rawatan (travis) diperlukan untuk memudahkan rawatan ternakan. Boleh juga digunakan sebagai tempat untuk menimbang ternakan.



Kemaskini pada 2015-11-03 11:33:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page