Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Soalan Lazim - FODDER

Kapur hanya perlu ditabur apabila kemasaman (pH) tanah rendah dan apabiia kekacang ditanam bersama. Nilai pH tanah yang dikehendaki adalah diantara 5.0 - 7.0.

Kadar penggunaan bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan. 2-3 tan kapur/hektar atau 1 tan/ekar akan dapat menaikkan nilai pH sebanyak 0.5. Mengapur dibuat sebaik sahaja tanah siap disediakan atau 2 minggu sebelum menanam.

 

Menanam elok dilakukan pada awal musim hujan untuk percambahan dan pertumbuhan yang berkesan. Pengairan menggunakan 'irrigator' dan 'sprinkler' juga membantu tanpa terialu bergantung kepada hujan.

 

Ada 2 cara menanam:

  1. Menggunakaii biji benih.
  2. Menanam secara tampang.

 

Biji benih boleh ditabur dengan tangan atau menggunakan mesin seperti 'seedavator'. Kadar secara umum bagi biji benih rumput adalah 3-6 kg/hektar dan benih kekacang adalah 2-5 kg/hektar. Dalam pastura campuran (rumput dan kekacang), nisbah kekacang harusia tidak melebihi 40%.

 

laitu menggunakan keratan batang, jalaran/stolon atau anak. Cara ini dilalkukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi tidak boleh bercambah seperti Napier. Keratan boleh ditanam mengikut barisan sama ada secara cucuk atau baring. Keratan boleh juga ditabur rata dan diputar ke dalam tanah dengan meialukan rotovator. Menanarn menggunakan anak dilakukan apabila biji benih tidak diperolehi dan bukan dari jenis menjalar.

 

la boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Keadaan ini dapat dianggarkan iaitu apabiia sebahagian kecil dari rumput dipetak mula berbunga.

Untuk memudahkan pengurusan, boleh juga berdasarkan jangkamasa rehat di antara setiap pemotongan/ragutan, iaitu purata 4-5 minggu.

 

Pembajaan adalah sangat perlu bagi memastikan hasil dan mutu pastura/foder akan sentiasa tinggi.

 

Baja boleh dijeniskan kepada 2, iaitu:

  1. Baja asli (boleh diperolehi dari najis ternakan dan kompos).
  2. Baja kiinia (baja dagangan yang diproses secara kimia).

Jenis pembajaan juga terbahagi 2, iaitu:

  1. Pembajaan permulaan iaitu dibuat beberapa hari sebelum atau pada masa menanam.
  2. Pembajaan pengurusan iaitu pembajaan selain dari pembajaan permulaan.

 

Kadar secara umum bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) ialah N:P:K = 60:30:30, iaitu 60 kg. Nitrogen/hektar : 30 kg. Phoshorus/ha : 30 kg. Kalium/ha.

Jika kawasan berkenaan adalah tanah baru dibuka, hanya baja phosphate perlu ditambah untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Baja Triple Super Phosphate (TSP) dengan kadar 250 kg/ha. adalah mencukupi.

Untuk petak kekacang atau rumput bercampur kekacang, kadar pembajaan adalah P : K = 30 : 30

 

 

Paparan: 1  2  3  4  5  6  7  


Kemaskini pada 2015-10-30 17:01:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page