Saturday, 23 October, 2021   6:02 PM

Reset Setting Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font

SAPEN (Salmonella Antigen)

SAPEN adalah salah satu produk yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI). Ia adalah antigen yang dinyahaktifkan menggunakan strain Salmonella Pullorum dan Salmonella Enteritidis yang diwarnakan dengan kristal violet untuk mengesan antibodi Salmonella pada unggas. Setiap botol mengandungi 25ml antigen bagi kegunaan dalam 800 ujian.

Harga: RM 35.00 / sebotol

Bagi setiap pembelian, anda boleh membuat pengambilan sendiri di VRI atau anda boleh memilih menggunakan perkhidmatan kurier. Kurier PosLaju akan digunakan dan cajnya adalah seperti berikut:

1-80 botol: RM 50.00
81-200 botol: RM 100.00
> 200 botol: RM 150.00 ++

Sekiranya anda mempunyai akaun dengan perkhidmatan kurier lain (DHL, SKYNET, NATIONWIDE dan lain-lain) dan bercadang untuk menanggung sendiri caj kurier, sila maklumkan kepada kami.

Pembayaran boleh dilakukan secara tunai, wang pos atau cek. Sekiranya pembayaran dibuat secara cek, pastikan bayaran dibuat secara dua cek berasingan. Satu untuk kos SAPEN dan yang berikutnya adalah untuk caj penghantaran. Untuk pengesahan, kami akan menghubungi anda setelah anda mengisi borang ini. Penghantaran akan dilakukan setelah Seksyen Kewangan VRI menerima pembayaran. Tarikh luput produk adalah 2 tahun selepas tarikh pembuatan. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, sila e-mel kepada kami di mikrobkhas@dvsvri.gov.my

                                                                                                                       
                                                                                                                                           BELI DISINI                       MAKLUMAT SAPEN 

 

 

 


Kemaskini pada 2021-04-23 12:09:06 daripada Institut Penyelidikan Veterinar

  •  
  • Print
  • Email this page


Jumlah Pelawat : 7437855 Tarikh Kemaskini : 23 - Okt - 2021

Hari IniHari Ini1047