Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Penyelidikan & Pembangunan

Pengenalan

Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh (VRI) adalah sebuah institut penyelidikan yang menjalankan penyelidikan penyakit penting haiwan yang berkepentingan ekonomi. VRI juga turut memainkan peranan dalam aktiviti diagnosa penyakit haiwan yang dijalankan secara rutin. Selain itu pengembangan teknologi juga aktif dianjurkan melibatkan latihan, kursus dan seminar yang diadakan bagi memantapkan pengetahuan kepada penternak, kakitangan kerajaan pelbagai agensi lain serta pelajar.

Jawatankuasa Penyelidikan & Pembangunan (R&D) VRI berperanan dalam menyelaras aktiviti penyelidikan yang dijalankan di VRI seiring dengan penyakit berkepentingan negara dan bidang keutamaan oleh DVS serta memantau perkembangan projek tersebut. Jawatankuasa ini juga akan menilai setiap cadangan penyelidikan sebelum dipanjangkan ke agensi atau penyumbang dana penyelidikan yang berkaitan. Selain itu, seiring dengan perkembangan teknologi semasa, jawatankuasa ini aktif dalam merancang penyelidikan kolaborasi dengan pelbagai agensi, IPTA, IPTS di dalam dan luar negara.

Di samping itu, Jawatankuasa R&D turut menganjurkan pelbagai aktiviti penyelidikan seperti Mesyuarat R&D Bulanan yang diadakan setiap bulan untuk menyediakan platform untuk para penyelidik membentangkan kemajuan projek semasa. Para penyelidik juga amat digalakkan menyertai konferen saintifik, seminar dan kursus yang dianjurkan di dalam dan luar negara. Jawatankuasa ini juga kerapkali menganjurkan kursus penyelidikan kepada kakitangan jabatan seperti Bengkel Penulisan Saintifik yang terbuka kepada semua kakitangan jabatan yang diadakan setiap tahun.

Rangkaian kerja yang baik juga amat dititik beratkan dengan menganjurkan program seperti lawatan saintifik ke makmal-makmal, universiti serta agensi di luar negara untuk memperkukuhkan hubungan antarabangsa di dalam penyelidikan veterinar.
 

Projek Penyelidikan di VRI

Projek penyelidikan di VRI dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan penyumbang dana penyelidikan tersebut. Kategori penyelidikan adalah seperti:

  1. Dana Pertanian, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA)

  2. Dana E-Sains, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

  3. Dana luar yang meliputi projek penyelidikan kolaborasi dengan agensi dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari dalam dan luar negara

  4. Dana VRI yang meliputi projek penyelidikan yang tiada peruntukan khusus dari mana-mana yang di atas dan menggunakan peruntukan VRI


 

 


Kemaskini pada 2024-08-12 02:01:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page