Pengenalan
Hostel Antarabangsa, VRI merupakan sebahagian daripada sumbangan Japan International Cooperation Agency (JICA) di bawah Technical Cooperation Program antara Japan dan Malaysia pada tahun 1988. Hostel ini secara am memberi kemudahan penginapan kepada peserta-peserta yang menjalani kursus, bengkel, seminar atau latihan industri yang dianjurkan di VRI. Selain itu, hostel ini juga menyediakan kemuadahan penginapan bagi kakitangan kerajaan/bukan kerajaan atas urusan rasmi atau tidak rasmi. Ia mempunyai empat bilik berhawa dingin beserta bilik mandi dan 25 bilik tanpa penghawa dingin yang masing-masing boleh memuatkan 2 orang dengan bilik air kongsi. Beberapa kemudahan lain seperti tempat untuk jamuan makan/ minum/ aktiviti anjuran DVS/ VRI serta bilik rekreasi untuk kegunaan kakitangan turut disediakan.
Kadar Bayaran
BILIK | KATEGORI | KADAR |
Single/Twin Sharing Room | Peserta yang mengikuti latihan yang dianjurkan oleh VRI | Percuma |
Single/Twin Sharing Room | Pelajar yang menjalani latihan sangkut di VRI | RM 5.00 |
Single/Twin Sharing Room | Kakitangan DVS | RM 10.00 (Kump. Sokongan) RM 3.00 (Kump. P&P) |
Single/Twin Sharing Room | Kakitangan bukan DVS Kakitangan bukan kerajaan dan pelajar | RM 40.00 |
Suite Air Conditioned Room | Kakitangan DVS | RM 70.00 |
Suite Air Conditioned Room | Kakitangan bukan DVS | RM 90.00 |
Single/Twin Sharing Room | Peserta yang mengikuti latihan yang dianjurkan FAO, JICA, lain-lain | Minimum USD 10 (Berdasarkan terma dan syarat kursus tersebut) |
Suite Air Conditioned Room
![]() | ![]() | ![]() |
Twin Sharing Room (Non Air Conditioned)
![]() | ![]() |
Pihak yang berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan Hostel Antarabangsa boleh berhubung terus seperti butiran berikut:
Emel : nuraimi@dvs.gov.my
Tel : 05 - 545 7166 / 05 - 545 7179 sambungan 211
Fax : 05 - 546 3368 / 05 - 545 7189
Kemaskini pada 2024-10-23 15:03:04 daripada Administrator