Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

SEJARAH VRI

 

image

image
WAJAH VRI DAHULUWAJAH VRI KINI

Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh, Perak merupakan salah satu seksyen di dalam Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industrian Asas Tani Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1948 di premis sementara di Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan, Perak dan ia dahulunya dikenali sebagai Makmal Penyelidikan Persekutuan. VRI hari ini telah berpindah ke lokasi sekarang di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh pada tahun 1953. Ia meliputi kawasan sebanyak 14.4 hektar. Pada ketika itu, VRI diketuai oleh Pengarah Penyelidikan dan dibantu sebanyak 131 kakitangan yang terdiri daripada 13 Doktor Veterinar, 11 Pegawai Penyelidik, 2 Penolong Pegawai Veterinar, 47 Pembantu Makmal, 7 Pembantu Veterinar dan 51 kakitangan sokongan. Sejak itu, VRI telah diperluaskan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri ternakan.

Pada tahun 2008, VRI telah melakar sejarah kerana telah dicadangkan oleh badan antarabangsa FAO untuk diiktiraf sebagai makmal rujukan serantau (Regional Reference Center) bagi penyakit HPAI (Selsema Burung) dan ND (Newcastle Disease). Pengiktirafan juga diberi oleh sekateriat ASEAN sendiri dan OIE. Ini merupakan pengiktirafan antarabangsa yang tertinggi pernah diterima VRI. Pengiktirafan ini berlandaskan keupayaan VRI, prasarana penyelidikan yang lengkap (BSL3, BSCL3-Ag, Unit SPF dan lain-lain) dan juga rekod perkhidmatan cemerlang dalam menangani situasi wabak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh yang demikian, aktiviti dan skop perkhidmatan yang dimainkan VRI akan bertambah selaras dengan perkembangan semasa.

                                                                                                                                                                                                            Kronologi sejarah VRI IPOH
1948Ditubuhkan sebagai Makmal Penyelidikan Persekutuan di Hospital Bahagia, Tanjong Rambutan.
1953Berpindah ke lokasi kekal seluas 14.4 hektar di Jalan Sultan Azlan Shah (dahulunya Lorong Harimau / Tiger Lane ), Ipoh untuk menampung keperluan industri ternakan yang berkembang.
1965Bangunan Baru dirasmikan menempatkan seksyen Parasitologi, Serologi , Virologi, dan Bakteriologi – Media , Membasuh serta Sterilisasi
1983Bangunan Patologi dan Sekolah Teknologi Makmal Veterinar tajaan kerajaan German (GTZ) mula berfungsi
1989Bangunan Biologiks mula berfungsi untuk pengeluaran vaksin virus dan bakteria untuk ternakan di Malaysia
1989Projek APDRTC tajaan Kerajaan Jepun (JICA) untuk penyelidikan penyakit unggas (poultry)
1998Menangani wabak Nipah Virus sebagai makmal veterinar menjalankan ujian surveilan Nipah bagi membantu program kawalan penyakit zoonotik tersebut
1999Pelancaran Makmal Bio-Keselamatan Tahap 3 (veterinar) pertama di Malaysia dengan ubahsuaian bilik tingkat bawah training block APDRTC
2010Pelancaran Makmal Bio-Keselamatan Tahap 3 Pertanian (BSCL3-Ag) dengan ubahsuaian bangunan Experimental Chicken House APDRTC
2008Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) mencadangkan VRI sebagai Makmal Rujukan Serantau bagi penyakit Selsema Burung (HPAI) dan Newcastle Disease
  

 


Kemaskini pada 2026-06-19 15:44:37 daripada Institut Penyelidikan Veterinar

  •  
  • Print
  • Email this page