Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

W3C

W3C

image

Kajian
Kepuasan
Pelanggan

W3C

BM

faq

Soalan Lazim

contact-us

Hubungi Kami

complaints

Aduan &
Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

Lembu Fidlot

Pemakanan

6.6 Bahan Makanan Tambahan

 

  • Galian Jilat :
     

    Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khususnya, yang boleh di berikan kepada ternakan, secara ad-libitum, atau semahunya, bagi menentukan ternakan mendapat zat galian yang tidak mencukupi didalam rangsum.
     

  • Blok Urea Molas (Urea Molasses Block)


    Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein,dan juga galian galian yang boleh menampung apa apa nutrien tersebut yang terkurang didalam rangsum yang diberikan kepada ternakan. Ia boleh juga mengandungi, atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan mungkin juga ubat cacing, disamping meningkatkan selera makannya oleh kerana terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi sebagai perangsang selera.
     

6.7 Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot
 
Campuran makanan untuk lembu lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakan berbagai kaedah formulasi; secara mesin kira biasa, atau dengan menggunakan program program komputer yang lebih tepat dan canggih, untuk mendapatkan campuran konsentrat yang menepati piawaian atau mutunya, mengandungi segala zat nutrien yang diperlukan.
 
6.7.1 Kaedah Formulasi Makanan 


Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkan campuran makanan atau rangsum untuk lembu fidlot, diantaranya ialah :
 
1) Kaedah Silang (Pearson Square Method)
2) Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation)
3) Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation)
 
6.7.2 Contoh Kaedah Silang

Kaedah silang merupakan suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat praktikal. Suatu perkiraan rangsum dengan menggunakan kaedah ini amat ringkas, seperti ditunjukkan di bawah.
 
Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein –16%) dan hampas sagu rumbia (Protein – 2.0%) disediakan untuk mendapatkan purata kandungan protein sebanyak 14%.
 
Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandungi 14% protein seperti berikut. Protein 14.0% yang diperlukan diletakkan ditengah tengah "Silang" seperti dibawah :
 

 

Contoh diatas menghasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu Dedak isirong sawit dan hampas sagu rumbia , dengan kandungan protein sebanyak 14% seperti berikut :
 
Dedak isirong sawit - 85%
Hampas sagu rumbia - 15% (Persamaan 100 kg basah)
 
JUMLAH 100.00%
 
Contoh contoh yang sama boleh diaplikasikan, menggunakan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan jumlah protein atau tenaga seperti yang diperlukan. Jika diperhatikan campuran di atas tidak termasuk bahan galian. Dengan mudah bahan galian boleh di masukkan kedalam campuran tersebut dengan mengurangkan sedikit peratusan bahan bahan diatas dan digantikan dengan bahan galian seperti berikut :
 

Bahan Peratus
Dedak isirong sawit 83.5%
Hampas sagu rumbia 14% (Persamaan 93 kg basah)
Trikalsium fosfat  1.0%
Garam   1.0%
Kapur (Ground limestone)  0.5%
JUMLAH 100.00%

 

Dewasa ini berbagai lagi kaedah boleh didapati untuk mendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahan makanan dan menentukan ketepatan berbagai lagi zat nutrien yang perlu. Kaedah pengkomputeran sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan boleh menepati apa saja kehendak pengguna.

6.8 Pemprosesan Makanan 

Makanan atau bahan bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadang kalanya mestilah diproseskan terlebih dahulu. Ada juga bahan makanan yang boleh digunakan terus seperti sedia ada .Ada bahan yang perlu dikisar halus, seperti bijirin, iaitu jagung, atau diempingkan seperti oat, diproses minyaknya seperti kacang soya, kacang tanah dan diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit dan batang jagung.
 
Bahan bahan makanan pula boleh dicampurkan menjadi makanan terumus atau dicampur sebati dan boleh diberikan kepada ternakan dalam bentuk abuk (mash), dipellet, atau boleh juga sekarang ini dijadikan "wafer" atau ketulan empat segi berukuran 1" x 1" x 1".
 
Untuk lembu fidlot adalah memadai jika makanan diberikan dalam bentuk abuk sahaja, sebabnya setiap kaedah pemprosesan seterusnya akan melibatkan kos. Makanan dalam bentuk abuk hanya memerlukan sebuah "mixer" yang tidak begitu mahal kosnya.
 
6.9 Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot
 
Contoh kombinasi beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakan untuk lembu fidlot, dimana bersesuaian adalah seperti disenaraikan di Jadual 7 berikut :
 
Jadual 7 menunjukan contoh formulasi makanan untuk lembu fidlot :
 

Jenis bahan Campuran Pemberian untuk lembu 200 kg

(Bersamaan 5.8 kg bahan kering)"

Formulasi 1    
Dedak isirong sawit

50

2.9 kg

Hampas sagu rumbia (Basah)

30

11.6 kg

Hampas soya (Tauhu, basah)

17.5

6.8 kg

Trikalsium fosfat

1

58.0 g

Garam biasa

1

58.0 g

Kapur (Ground limestone)

0.5

29.0 g

     
Formulasi 2    
Dedak isirong sawit

47.5

2.76 kg

Dedak padi

20

1.16 kg

Gula hitam (Molas)

5

0.29 kg

Beras hancur

25

1.45 kg

Campuran 3 galian

2.5

145 g

     
Formulasi 3    
Dedak padi

42.5

2.50 kg

Beras hancur

30

1.75 kg

Hampas kacang hijau

25

1.45 kg

Campuran 3 galian

2.5

145 g

     
Formulasi 4    
Dedak isirong sawit

47.5

2.75 kg

Enapcemar sawit

20

1.16 kg

Gula molas

5

0.29 kg

Corn gluten feed

25

1.45 kg

Campuran 3 galian

2.5

145 g

     
Formulasi 5    
Corn gluten feed

32.5

1.90 kg

Hampas kacang hitam

30

1.75 kg

Dedak padi

30

1.75 kg

Gula molas

5

0.29 kg

Campuran 3 galian

2.5

145 g

 

Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembu fidlot. Bahan bahan didalam setiap formula tersebut perlu digaul rapi apabila dicampurkan. Campuran kemudiannya boleh dimasukkan kedalam guni dan disimpan untuk digunakan kemudian, jika campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus.
 
Jika alat mixer digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2, atau 5 tan sekali dan tidak perlu di buat setiap hari.
 
Walaupun bagi contoh lembu 200 kg itu memerlukan 5.8 kg makanan sahaja setiap hari, biasanya makanan tidak perlu disukat atau ditimbang untuk lembu fidlot. Makanan diberikan kepada ternakan secara ad.libitum, atau dibiarkan ia makan sekehendaknya, bagi menentukan ia mendapat cukup makanan setiap hari. Hanya jangan dibiarkan diberi didalam palung makanan sehingga melimpah dan membazirkan.
 
Jumlah keperluan makanan yang diberikan didalam Jadual 1 itu adalah hanya sebagai panduan sahaja supaya jumlah makanan yang perlu diberikan dapat dianggarkan.
 
 

Paparan: 1  2  


Kemaskini pada 2015-11-03 11:34:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page