Pemakanan
Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60–70 peratus daripada kos pengendaliannya. Dengan sebab itu perancangan yang teliti bagi memilih penggunaan bahan bahan makanannya adalah amat perlu.
6.1 Keperluan Nutrien
Jenis jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungsinya terhadap kehidupan lembu adalah :
Nutrien | Fungsi |
Air | Mengawal suhu badan,memindah nutrien lain ke dalam badan dan membantu dalam penglihatan dan pendengaran |
Protein | Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan dan penggemukan |
Karbohidrat | Sumber tenaga utama bagi menjalankan semua aktiviti |
Lemak | Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemak tertentu |
Galian | Pembinaan tulang,gigi, otot dan sel-sel darah |
Vitamin |
A- Membantu dalam penglihatan
D- Pencernaan kalsium dan fungsi proses pembiakan
E-Untuk menguatkan otot
|
Nutrien nutrien ini perlulah diberi dalam kadar yang seimbang dengan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksima. Kekurangan salah satu daripada nutrien ini akan mengganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat zat nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga unsur bahan makanan yang digunakan. Zat zat nutrien tersebut perlu boleh dapati didalam bahan bahan yang terumus didalam rangsum makanan yang diberikan itu.
Nutrien nutrien dan jumlahnya, yang diperlukan didalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut :
Nutrien | Keperluan |
Zat Protein | Minima 14% |
Tenaga Metabolisma | Minima 10.6 Mj/kg |
Zat Galian Kalsium | Minima 0.65% |
Zat Galian Fosforus | Minima 0.45% |
Garam | Diantara 0.50- 1.0% |
Vitamin A & D | Minima 2200 dan 300 i.u/kg |
Zat Serat | Minima 15% |
Air | Semahunya |
6.2 Jenis Bahan Makanan
Terdapat berbagai bagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk projek fidlot lembu. Umpamanya, foraj, silaj, bijirin dan bahan bahan sisa pertanian dan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :
Jenis | Contoh |
Foraj | Rumput segar, rumput kering, silaj |
Bijirin | Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi |
Bahan protein | Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau |
Bahan Sisa Pertanian | Kelapa sawit - Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit, pelepah sawit |
Padi | Dedak padi, beras hancur, jerami padi |
Tebu | Gula hitam (molas), Hampas tebu, pucuk tebu |
Kelapa | Dedak kopra |
Sisa dapur | Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan |
Jagung manis | Batang jagung (Dipotong, di silaj) |
Ikan | Ikan baja |
Koko | Lenggai koko |
Rumbia | Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia |
6.3 Jumlah Makanan
Jumlah makanan yang diperlukan oleh seseekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa dan pada amnya mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan lembu tersebut, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan.
Di negara Tropika kita, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu lembu ini memakan sehingga kepada 2.5 – 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0 kg sehari pada permulaannya, sehingga boleh mencapai kepada 8–9 kg sehari, apabila lembu telah mencapai berat 350 – 400 kg.
Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badannya sehari.
Lembu fidlot boleh diberikan makanannya sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat), yang telah di rumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan, atau konsentrat biasa diberi bersama bahan serat seperti rumput, atau lain lain bahan sisa pertanian contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram / batang jagung diracik atau di jeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat.
Walau apa pun kombinasi makanannya jumlah zat zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat pertumbesaran lembu perlulah diberi secukupnya setiap hari bagi menentukan kadar pertumbesaran yang tinggi.
Perlu diingatkan, pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah mengandungi kesemua zat zat yang dinyatakan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk projek fidlot berskala besar oleh kerana kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat.
Bagi projek kecil kecilan dimana pengusaha tidak sukar mendapatkan unsur serat, yakni berbeza dengan keadaan yang di syorkan seperti diatas, penggunaan kaedah kedua adalah lebih digalakkan, dimana campuran bahan bahan makanan biasa (konsentrat) diberi bersama sedikit bahan serat dan diberi galian jilat yang di sediakan sendiri dengan lebih murah, untuk dijilat semahunya oleh ternakan setiap hari.
Bagi kedua dua kaedah diatas kandungan serat didalam rangsum makanan mereka setiap hari perlu ditentukan terdapat tidak kurang daripada 15%.
Ruminan memerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan ini adalah seperti berikut :
1. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepada zat tenaga, dan berbagai jenis Vitamin B.
2. Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya serat yang cukup, perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akan memakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebih banyak masa berada didalam rumen untuk dicerna oleh bakteria.
3. Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa apa jua jenis bahan serat, tanpa perlu dicampur lagi dengan vitamin ini daripada unsur komersil. Vitamin A amat perlu untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.
6.4 Bahan-bahan Makanan
Bagi kebanyakan haiwan walaupun rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek, yang pentingnya makanan makanan tersebut perlu mengandungi zat zat nutrien yang cukup dan apabila dibuat campuran lengkap zat zat ini dapat diperolehi dalam kadar yang ditetapkan didalam jumlah bahan kering makanan yang mampu dimakan olen ternakan.
Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan khususnya kepada berat badan yang telah dicapai, seperti ditunjukan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga boleh didapati dalam Jadual 3.
Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza beza dilain-lain persekitaran atau daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat kepada suatu tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh bahan-bahan makanan tersebut dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunjukan di Jadual 4.
Jadual 3 menunjukan keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering makanan lembu fidlot :
Berat Lembu | Kadar Tumbesaran (g/hari) | Pemgambilan Bahan Kering (kg) | Protein (kg) | Tenaga Metabolisma (Mj) | Kalsium (g) | Fosforus (g) | Vitamin A (i.u) |
100 | 500 | 2.8 | 0.361 | 30.0 | 16 | 8 | 4200 |
150 | 500 | 4.0 | 0.476 | 39.4 | 18 | 11 | 6400 |
200 | 700 | 5.8 | 0.640 | 52.7 | 21 | 14 | 8500 |
250 | 700 | 6.3 | 0.718 | 61.2 | 23 | 17 | 10600 |
300 | 700 | 7.3 | 0.777 | 64.6 | 24 | 18 | 12700 |
350 | 800 | 7.4 | 0.811 | 73.3 | 26 | 19 | 12700 |
400 | 600 | 9.0 | 0.902 | 83.6 | 27 | 21 | 17000 |
450 | 600 | 9.5 | 0.898 | 91.3 | 28 | 22 | 19100 |
Jadual 4 menunjukan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan nutriennya :
Bahan Makanan | Bahan kering (%) | Protein(%) | Tenaga Metabolisma (mj/kg) | Kalsium(%) | Fosforus(%) |
Rumput Napier |
18.4 |
12.2 |
8 |
0.3 |
0.24 |
R.Napier,silaj |
30 |
6.6 |
7 |
0.25 |
0.3 |
Petai belalang |
19.1 |
40.4 |
6.7 |
0.37 |
0.51 |
Jerami padi |
98.8 |
6.7 |
4.9 |
0.1 |
0.1 |
Pucuk tebu |
30.9 |
6.2 |
7.3 |
0.26 |
0.11 |
Hampas barli |
25.4 |
26.6 |
7.5 |
0.67 |
0.53 |
Dedak gandum |
88 |
14.4 |
11.2 |
0.2 |
0.68 |
Dedak sawit (Exp) |
91.8 |
15.3 |
10.1 |
0.2 |
0.52 |
Dedak sawit (Sol. |
88.2 |
16.8 |
10.3 |
0.21 |
0.61 |
Jagung kisar |
89.7 |
9.3 |
12.48 |
0.32 |
0.35 |
Dedak soya |
88.4 |
45.5 |
11.2 |
0.33 |
0.75 |
Dedak padi |
91.6 |
12 |
9.03 |
0.1 |
0.49 |
Cip ubi kayu |
88.2 |
2.4 |
13 |
0.2 |
0.1 |
Kepala bilis |
34.6 |
54.7 |
5.18 |
4 |
0.43 |
Batang jagung |
37.6 |
12.2 |
7.5 |
0.32 |
0.34 |
B. jagung, silaj |
23.2 |
8.2 |
7.82 |
0.37 |
0.86 |
Hampas tauhu |
15.5 |
30.4 |
11.90 | 0.41 | 0.32 |
Pelepah sawit |
36.4 |
4.1 |
4.89 | 0.32 | 0.1 |
Enapcemar sawit |
91.1 |
11.1 |
6.52 | 0.70 | 0.5 |
Beras hancur |
89.1 |
11.2 |
11.78 | 0.03 | 0.43 |
Hampas sagu |
14.7 |
2.4 |
11.11 | 0.19 | 0.04 |
Hampas tebu |
45.9 |
2 |
6.93 | 0.10 | 0.03 |
Gula hitam |
76.4 |
4.2 |
11.21 | 0.91 | 0.09 |
Najis ayam |
85.6 |
24 |
8.32 | 5.16 | 1.11 |
6.5. Rangsum Makanan Lembu Fidlot
Contoh kiraan suatu rangsum makanan untuk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5 :
Seekor lembu fidlot, pada berat badan berat badan 200 kg, memerlukan,(rujuk Jadual 3), sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7 Mj tenaga metabolisma, dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti contoh kiraan berikut :
Jadual 5 menunjukan contoh kiraan rangsum untuk lembu fidlot
Jenis bahan | Jumlah Basah (kg) | Persamaan Berat Kering (kg) |
Dedak isirong sawit | 3.4 | 3.0 |
Hampas soya | 3.2 | 0.5 |
Hampas sagu rumbia | 10.1 | 1.5 |
batang jagung diracik | 4.0 | 0.5 |
JUMLAH | 5.8 |
Rangsum untuk lembu seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap fidlot dan hanyalah sebagai suatu contoh semata mata tetapi ianya boleh dipraktikkan jika mahu. Jenis bahan-bahan yang dicontohkan boleh ditukar ganti dengan lain lain bahan yang boleh memberikan kandungan nutrien yang serupa.
Pilihlah bahan bahan yang senang dan boleh diperolehi serta bahan yang termurah diantara yang ada. Lembu tersebut hanya perlu ditambahkan pemberian zat galian, terutamanya galian Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing masing 14.5g dan 13.4 g, bersamaan dengan campuran 45 g Trikalsium fosfat dan 10 g Kapur (Ground limestone) kedalam rangsum makanannya. Ia juga memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30 – 40 g sehari. Lebih baik lagi jika campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya mudah dan lebih murah, menggunakan bahan bahan yang boleh didapati dengan mudah di negara ini; dicampur dan diberikan kepada lembu lembu ini serta dibiarkan ia menjilat semahunya.
Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukan di Jadual 6.
Untuk lembu lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang mudah untuk mendapatkan keperluan zat nutrien masing masing bergantung kepada berat badan mereka semasa.
Jadual 6 menunjukan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot :
Jenis Bahan | Peratus Campuran | Rumusan 10 kg | Rumusan 100 kg |
Trikalsium Fosfat | 40 % | 4.0 | 40.0 |
Garam Biasa | 40 % | 4.0 | 40.0 |
Kapur (Ground Limestone) | 20 % | 2.0 | 20.0 |
JUMLAH | 100 % | 10 | 100 |
Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30 sentimeter x 30 sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan biarkan lembu lembu ini menjilat semahunya. Dijamin ternakan tidak akan memakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan mendatangkan apa apa mudarat kepada mereka.
Kemaskini pada 2015-11-03 11:35:57 daripada Administrator